KEPERLUAN KALORI HARIAN

Jumlah kalori adik Izz masih diberi dalam jumlah yang sama seperti sebelum. Belum ada penambahan jumlah kalori seperti yang dikatakan pakar. Mungkin perbincangan masih berjalan antara pakar dan 'pharmacist'. Banyak libatkan 'calculation' tu. Aku tiada masalah akan penambahan jumlah kalori, yang jadi masalah aku andai doktor tambah jumlah jam beri Nutrisi parenteral (TPN). Janganlah. Dengarlah rintihan kami ini.

Puas aku 'setting' masa hari-hari dengan waktu untuk tamat beri Nutrisi Parenteral (TPN), waktu keluar pergi kerja, waktu untuk ambil Nutrisi Parenteral (TPN) di HKL, waktu jemput angah Izz balik dari taska, waktu untuk jemput mama Izz dari pejabat, waktu untuk 'pickup' along Izz dari sekolah dan waktu untuk aku on Nutrisi Parenteral (TPN) adik Izz. Semua itu kena ambil kira. 

Terumo
Nutrisi yang diberi semuanya akan melalui sini. Rate ditetapkan oleh pharmacist.

Kalau tambah jumlah jam Nutrisi Parenteral (TPN), 'timing' akan lari. Mahunya aku lambat pergi kerja, along Izz lambat masuk sekolah dan mungkin petang pula aku lambat sampai rumah. Emm, hope doktor pertimbangkan itu semua. Apa pun sebenarnya apa yang mereka lakukan adalah demi kebaikan adik Izz. Hendak atau tidak, aku kena terima. Bukan aku 'complaint', aku cuma luahkan kalau-kalau boleh dipertimbangkan. Hehehe. 

Terumo infusion Pump
Laluan infusion tube

Pelan untuk tambah jumlah kalori berikutan dengan keadaan adik Izz. Walaupun berat badannya kekal dan kadangkala ada pertambahan / pengurangan +- 100 gram, secara fizikalnya adik Izz dilihat semakin kurus. Kaki dan tangannya, alahai... Entahlah, mungkin 'next week' kot baru dapat Nutrisi Parenteral (TPN) dengan jumlah kalori yang baru. 

In Shaa Allah.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my