JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI DI PEJABAT

Kita sudah hampir ke penghujung Syawal untuk tahun ini. Sambutan Aidilfitri masih lagi meriah dengan 'open house', 'open office' dimana-mana. 'Office' aku juga tidak terlepas untuk mengadakan sambutan Aidilfitri. Sejak dari aku bekerja lagi (tak silap aku sudah 10 tahun), memang sudah menjadi tradisi di pejabat aku ini untuk mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri. Disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama rakan sekerja, sambutan seperti ini dapat memeriahkan suasana pejabat dengan kehadiran jemputan dari unit-unit lain. 

Masih mengekalkan tema 'PotLuck', dimana masing-masing akan membawa 1 menu sekurang-kurangnya, apabila digabungkan memang berderet meja diperlukan. Banyak menu, memang banyak. Barulah meriah raya, kan? Setiap tahun pastinya akan ada menu baru yang menarik dan sedikit menonjol dari yang lain. Dan tahun ini menu Bamia Lelijah menjadi tumpuan. Kata 'chef' nya, ia sejenis masakan Arab gabungan daging kambing dan bendi disertakan dengan roti untuk mencicah, pehhhh tak cukup. Awal habisnya. Sedap, memang sedap. 


Aidilfitri Unit
Macam-macam manisan ada. Tapi ini 'dummy' je. Heheh!

Lain-lain menu yang ada pula antaranya adalah Lontong Lelome, Laksa Zuetie, Pulut Kuning Darlina, Rendang Lelimi, Rendang ayam Lalizik, Sambal Lanun TMJ, Triffle Imam Muda, Puding Roti Narmina, dan banyaaaakkkk lagi. 'Surrender' awal aku kerana kekenyangan. Uniknya, menu dinamakan bersempena nama 'chef' sekali. Hahaha, buat orang tertanya-tanya ini masakan siapa?
Apapun, meriah sambutan Aidilfitri yang diadakan. Semuanya berjalan lancar. Masing-masing bergotong-royong saling membantu. Yang penting, semua dapat makan. Semoga hubungan sesama kita ini kekal erat selamanya. Malas nak 'share' gambar makanan, nanti ada yang mengidam. Hahah!


1 comment:

  1. slamat hari arya

    GiveAway Sketch Picture By Eintan Nurfuzie
    Nak Sketch Pic free?
    Jom test luck korang kot kot terpilih
    dan berita baiknya, terbuka untuk blogger, faceboker dan instager..
    http://www.nurfuzie.com/2015/08/giveaway-sketch-picture-by-eintan.html

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my