HEPARIN - UBAT PENCAIR DARAH

Kegunaan Heparin Saline @ Heparin Sodium (Heparinised Saline Injection). Ini merupakan salah satu 'controlled medicine' yang secara hariannya adik Izz guna sebanyak 2 container saiz 5ml (single dose container / pakai buang) dan mungkin 3 container apabila adik Izz jalani rawatan pemeriksaan di wad. Jika di rumah (Home TPN), satu digunakan semasa adik Izz 'dressing' tiub CVL (Central Venous Line) dan on TPN (Nutrisi Parenteral). Satu lagi adik Izz guna semasa 'dressing' bila habis Nutrisi Parenteral (TPN). Bagaimana gunakannya?

Heparin ubat pencair darah
Antara stok adik Izz yang tak boleh terputus bekalan.
 
Biasanya aku akan buka penutupnya dan aku tuang ke dalam 'dressing tray'. Mama Izz akan sedut guna Syringe 3cc, kemudian mama Izz akan suntikkannya kedalam tiub CVL adik Izz. Aku dengan mama Izz panggil 'flushing' sebabnya doktor dan jururawat pun cakap begitu. Sehari dua kali lah mama Izz akan lakukan yang sama. Mahal juga ubat ni, sekotak 20 container/ 5ml dalam RM60.00. Itu cuma untuk 10 hari kegunaan adik Izz. Aku cuba google berkenaan kegunaan Heparin ni. 

Suntikan Heparin melalui IV
Memang biasanya adik Izz akan senyap apabila mama Izz 'flushing' CVL nya.

Menurut malaysianpharma.com"Heparin adalah anticoagulant iaitu ubat pencair darah yang menghalang pembentukan darah beku. Heparin digunakan untuk mengubati dan menghalang pembekuan darah pada vena, arteri atau paru-paru. Heparin juga digunakan sebelum pembedahan untuk mengurangkan risiko pembekuan darah".

Oh, patutlah kena guna! Pernahlah juga tiub CVL adik Izz tersumbat. Puas suntik, tapi tak boleh. Aku rasa sebabnya darah beku lah ni. Ada lagi satu jenis sebenarnya yang perlu digunakan bila 'flushing' tiub CVL adik Izz, nantilah aku cerita dalam next entry. Apa yang aku gunakan sekarang dan lakukan sekarang untuk adik Izz, semuanya atas arahan doktor pakar dan saranan mereka. Moga Allah berkati apa yang kami lakukan dan berikan adik Izz kesembuhan.


3 comments:

  1. bagus adik izz... diam je ble mama ubati dia..semoga ad sinar utk adik izz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminnn.. Mudah2an dimakbulkan doa rakan2

      Delete
  2. Done follow #425

    Semiga adik izz cepat sembuh ye.

    Syafakallahm.aameen

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my