BARU TAHU ADA HARI KIDAL SEDUNIA

Hari Kidal Sedunia. Mesti ramai yang tidak tahu tanggal 13 Ogos adalah Hari Kidal Sedunia, kan? Aku pun baru tahu sebenarnya. Hahaha. Kejap, aku cuba ingat ada tak dalam keluarga aku yang bertangan kidal? Oh ya, adik bongsu aku kidal orangnya dan anak buah aku pun ada seorang yang bertangan kidal. Paling hampir dengan aku adalah anak kedua aku iaitu angah Izz. Dia juga seorang yang bertangan kidal. 

Kidal atau bahasa saintifiknya 'sinistrality' (google) bermaksud seseorang individu yang lebih suka menggunakan tangan kiri daripada tangan kanan. Tak payah google pun takpe. Semua tahu kidal itu apa, kan? Rutin harian terutamanya menulis gunakan tangan kiri dimana perlakuan itu berbeza daripada biasa. 

13 Ogos

Aku lihat adik Izz pun ada tokoh juga untuk menjadi kidal. Banyak sebenarnya keistimewaan orang kidal ini, orang bertangan kanan pun sama ada keistimewaannya. Semua manusia diciptakan unik dan punyai keistimewaan tersendiri. Cumanya kidal ini nampak sedikit unik kerana apa yang aku pernah terbaca, sekitar 10% sahaja penduduk dunia ini kidal. Spesel, kan? 

Tangan kiri dominan
Apa yang dipegang atau buat, semuanya gunakan tangan kiri. Even makan pun sama.

Kalau apa yang aku lihat pada anak kedua aku angah Izz ini, dia agak kreatif. Banyak benda di rumah along Izz gunakan sebagai 'how benda itu supposely' tapi angah Izz gunakannya sebagai 'what benda itu boleh jadi'. Berbeza, kan? Tak faham? Aku pun sama. Macam ni. Baca lagi.

Jika aku beri Lego, along Izz akan bina bangunan setinggi yang mungkin. Tapi, angah Izz akan bina 'L' shape dan jadikannya sebagai pistol. Jika aku beri 'roll' tisu dapur yang sudah habis, along Izz akan jadikannya sebagai teropong tetapi angah Izz akan selitkannya di seluar dan jadikannya sebagai pedang. Ah, sudah meleret-leret tak faham. 

Sepit rambut istimewa
Sepit menjadi hiasan stereng. Ini idea angah Izz

Senang cerita, masing-masinglah ada keistimewaan. Tak kisahlah kidal ke tangan kanan ke. Semuanya sama. Apapun, Selamat Hari Kidal (belated) buat angah Izz. 


1 comment:

  1. Assalamualaikum...
    hai!

    Saya ada jual iphone,samsung,oppo,phone case,powerbank dan etc

    jemput tengok blog saya
    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ig saya

    @nurnasuha96_

    whatsapp +60196117811

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my