SAMBUT AIDILFITRI DI PUTRAJAYA

Aidilfitri di Putrajaya | Sebelum aku meneruskan bicara, eloklah terlebih dahulu aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Aku dan keluarga pohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap. Okeh, sambung semula. Ini merupakan tahun kedua aku beraya di Putrajaya. Bukan aku tidak mahu balik ke kampung, tetapi keadaan tidak berapa mengizinkan untuk aku travel jauh. Biasanya aku akan pulang juga ke kampung tetapi selepas beberapa minggu beraya. Alhamdulillah family aku pun faham ketidakupayaan aku dan keluarga aku ini. In Shaa Allah akan datang kami dapat berkumpul bersama-sama. Mudah-mudahan. 

Tahun ini opah Izz dan atok Izz tidak pulang awal ke kampung sebaliknya memilih untuk beraya menemani kami di Putrajaya dahulu sebelum pulang ke kampung pada raya kedua dan adik beradik mama Izz juga turut memilih untuk beraya di Putrajaya. Alhamdulillah, seronoklah sedikit sebabnya ramai beraya di rumah kami. 

Aidilfitri di Putrajaya
Dari kiri : adik Izz, mama Izz, atok Izz, opah Izz dan papa Izz.
Depan : along Izz dan angah Izz

Jadi bagaimana kami raikan Aidilfitri di Putrajaya? Seperti biasa pagi raya, kaum lelaki akan bersiap-siap awal untuk ke masjid bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri dan aku memilih untuk ke Masjid Putra. Awal juga kami gerak kerana tahu jalan akan sesak untuk ke sana kerana ramai yang memilih untuk bersolat disini. Bukan sahaja warga Putrajaya yang tidak pulang ke kampung tetapi juga warga berhampiran putrajaya termasuklah 'pelancong' dan pelancong sebenar semua. 

Walaupun datang awal namun aku tetap kena park kereta diawal jambatan berhampiran Kementerian Wilayah. Jauh juga menapak ke Masjid Putra namun seronok sebab jalan beramai-ramai. Pelbagai kerenah dapat dilihat. Selfie, Welfie, tangkap gambar sana sini dan sebagainya.

Selesai solat, kami terus pulang ke rumah untuk menjamu selera. Kuih-muih telah mama Izz belikan awal-awal dan opah Izz ada buat kuih siput sendiri. Ketupat seperti biasalah masak ketupat segera dan lemang aku beli di Bangi (Lemang Pak Din). Memang juadah yang disediakan merupakan juadah raya. Jadi tidaklah terasa sangat beraya di bandar.

Aidilfitri di Putrajaya
Salam Aidilfitri kami ucapkan kepada semua. Kami pohon ampun dan maaf atas salah silap.

Sesi makan-makan, sesi bergambar, sesi bersalam-salaman, sesi bermohon ampun maaf, dan begitulah sampai ke malam kami luangkan masa. Esoknya selepas subuh, opah Izz dan atok Izz pulang ke kampung di Perak. Mereka bawa along Izz dan angah Izz bersama. Makanya tinggallah aku, mama Izz dan adik Izz bertiga di rumah.

Salam Aidilfitri kepada semua.


2 comments:

  1. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri. Ampun maaf dari kami sekeluarga juga. Semoga bergembira Syawal ini.

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my