PERUBAHAN JADUAL AMBIL STOK NUTRISI SEMPENA CUTI AIDILFITRI

Cuti perayaan Aidilfitri tahun ini dijangka jatuh pada Jumaat 17hb Julai 2015. Jadinya akan ada sedikit perubahan pada jadual ambil stok Nutrisi Parenteral (TPN) adik Izz di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sebelum ini, jadual ambil stok nutrisi ditetapkan pada setiap hari Isnin (2 pek nutrisi), hari Rabu (2 pek nutrisi) dan hari Jumaat (3 pek nutrisi). Sempena cuti perayaan Aidilfitri ini, ada sedikit perubahan dilakukan dimana hari Isnin baru-baru ini stok nutrisi adik Izz diberi 3 pek, hari Khamis yakni esok (3 pek nutrisi) dan pada hari Ahad raya ke-3 (3 pek nutrisi).

Kemudian jadual pengambilan stok Nutrisi Parenteral (TPN) adik Izz akan kembali seperti biasa iaitu hari Rabu (2 pek nutrisi) dan hari Jumaat (3 pek nutrisi) serta begitulah selanjutnya. Aku hanya menurut sahaja jadual yang ditetapkan. Semoga perancangan kita ini diberkati Yang Maha Esa. Sembuhlah anakku adik Izz walaupun berapa lama masa perlu diambil. Tuhan menguji kita semua mengikut kemampuan kita. In Shaa Allah, mudah-mudahan.


Senyum, senyum selalu..

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my