PENGHUJUNG RAMADHAN

Ada permulaannya, pasti ada pengakhirannya. Begitulah juga dengan Ramadhan ini. Malam ini In Shaa Allah last kita semua berterawih, pagi esok pula In Shaa Allah last kita semua bersahur, esok pula In Shaa Allah last kita semua berpuasa dan Maghrib esok pula In Shaa Allah last kita semua berbuka puasa. Terasa sekejap masa itu berlalu. Mulanya terasa panjangnya Ramadhan kali ini, pejam celik pejam celik, sudah tiba ke penghujung Ramadhan.

Bagi aku, bulan Ramadhan ini sangat bermakna kerana tahun lepas 2014, adik Izz dibenarkan discharge dari wad se awal Ramadhan dan Alhamdulillah penuh puasa Ramadhan adik Izz bersama kami sekeluarga. Begitu juga dengan tahun ini, adik Izz dibenarkan discharge dan syukur padaNya In Shaa Allah tahun ini juga penuh puasa Ramadhan adik Izz bersama-sama kami di rumah.


Test baju raya Aidilfitri. 

Harap Ramadhan tahun ini bukanlah yang last untuk kita semua. Sama-samalah kita semua berdoa agar dipanjangkan umur dan diberikanNya kesihatan untuk dapat menyambut kedatangan Ramadhan tahun hadapan. Aku juga berharap, Ramadhan ini memberi 1001 sinar kesembuhan buat adik Izz. Mudah-mudahan.

Selamat tinggal Ramadhan dan selamat datang Syawal.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my