AKU KENA KUAT

Bila asyik difikirkan berkenaan adik Izz dan penyakitnya itu, kadang-kadang penat rasa. Balik kerja hendak kejar masa beri adik Izz Nutrisi Parenteral (TPN), hendak elak kesesakan lalulintas lagi. Itu belum dikira seminggu 3 kali iaitu setiap Isnin, Rabu dan Jumaat nak kena hadap HKL kerana ambil stok TPN adik Izz. Nak kena speed lagi sebab TPN tidak bertahan lama dalam cooler box. Penat memang penat. Sampai rumah pula hendak terus mandi dan bersiap-siap untuk dressing CVL dan TPN lagi. Tengok pula muka adik Izz yang kadangkala ceria, kadangkala sedih, kadangkala nampak sakit. Entahlah sampai bila begini. 

Buat masa sekarang, adik Izz masih diberi Nutrisi Parenteral (TPN) setiap hari selama 12 jam. Itu plan daripada pakar dan belum ada tanda-tanda untuk OFF TPN lagi. Tapi aku perlu buat semua ini. Aku ingin melihat adik Izz sembuh sepenuhnya tanpa TPN dan tanpa Gastro. Jadinya sebelum sampai ke tahap adik Izz sembuh sepenuhnya, mungkin ini perlu dilalui atau diharungi.

Tiub suapan Gastro adik Izz
Meneruskan hidupnya dengan Nutrisi Parenteral (TPN)

Aku kena kuatkan semangat, sediakan diri fizikal dan mental supaya aku dapat beri sokongan kepada adik Izz khasnya dan mama Izz serta keluarga amnya. Susah nanti kalau aku patah semangat. Mereka semua bergantung kepada aku. Kalau aku kuat, Inshaa Allah mereka juga akan kuat. 

Mudah-mudahan. Janganlah aku berputus asa di pertengahan jalan.


1 comment:

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my