TIPS MUDAH POTONG RAMBUT ANAK

Bab potong rambut anak kecil ini sejak dari zaman along Izz lagi memang susah termasuklah dengan angah Izz. Bila bawa masuk ke kedai gunting rambut, serta merta meraung tak tentu pasal. Kadang-kadang sampai tak jadi hendak potong rambut sebabnya keluar semula dari kedai. Biasanya sebab mereka tidak kenal tukang gunting tu. Cara mudah yang aku praktikkan adalah dengan melakukan guntingan ekspess. Duduk atas bangku, pegang anak letak di riba, dan sodok guna mesin sepantas yang boleh. Walaupun dia menangis meronta-ronta, guntingan tetap akan siap. Sudahnya, baik along Izz mahupun angah Izz akan meragakan gaya seakan-akan botak. Hahaha. Iyalah, sebab guna teknik 'sodok' kan? Bila mereka sudah semakin besar, semakin mudah untuk mengajak mereka pergi potong rambut. 

Sama juga dengan adik Izz, setiap kali hendak potong rambut, dia akan menangis, meraung dan meronta-meronta bagai walaupun aku sendiri yang mengguntingnya. Adik Izz special sikit sebabnya aku tidak berani bawanya gunting diluar disebabkan faktor kesihatan disamping mengelakkan jangkitan. Pernahlah sekali aku bawanya gunting diluar, kesudahannya berakhir dengan infection. Huhuhu. Jadinya kalau bukan aku yang potong, aku akan suruh nurse yang potongkan (kalau di wad). 

Kepala botak
Inilah kesan potongan pantas yang aku lakukan.

Dan terbaru, aku masih guna kaedah yang sama dengan along Izz dan angah Izz iaitu kaedah potongan pantas menggunakan mesin (Bezanya along Izz dan angah Izz di kedai gunting rambut, adik Izz dirumah). Disebabkan adik Izz meronta-ronta, mama Izz dan opah Izz berganding bahu memegang adik Izz. Sorang pegang kaki dan tangan, serta sorang lagi pegang kepala kepit badan. Macam bergusti kan. Dan aku akan on mesin (pastikan mesin sudah dicas penuh dan dalam keadaan baik serta tajam), 'sodok' kepalanya secepat yang boleh. Tak sampai 5 minit, semuanya selesai. Walaupun ada sedikit tompok-tompok, at least nampaklah kemas sedikit. Rugi je kan menangis meraung tu?

Mari aku senaraikan tips yang aku praktikkan :

1. Pastikan mesin gunting rambut telah dicaskan penuh
2. Pastikan mesin gunting rambut berkenaan telah diservis dan tajam
3. Sediakan 1 atau 2 orang untuk memegang (andai ada pergelutan)
4. Setting size yang hendak digunakan
5. Lakukan dengan pantas
6. Jangan ada belas kasihan (5 minit saja pun)
7. Dah siap, pujuk-pujuk semula bagi pulihkan keyakinannya. Hahaha
8. Ulang langkah di atas untuk next guntingan (andai dia meronta menangis lagi)

Sebab itulah kalau di flashback pic anak-anak masa kecil, semuanya macam rambut askar. 


2 comments:

  1. Assalamualaikum
    http://comot-pink.blogspot.com/2015/06/testimonial-reserve-kembalikan-awet.html
    jemput baca

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my