3 Jan 2016

SAMBAL BELIMBING HITAM ISTIMEWA

Homemade sambal belimbing hitam | Mama Izz merupakan penggemar setia sambal belimbing hitam ini. Setiap bulan pastinya akan sampai melalui courier ke pejabatnya. Bila habis sahaja, mama Izz akan order semula. Katanya sedap sambal belimbing hitam ini. Kadang-kadang aku lihat mama Izz ratah makan begitu sahaja. 

Banyak gunanya sambal belimbing hitam ini. Selain boleh dijadikan perisa dalam makanan, sambal belimbing hitam enak dimakan bersama nasi putih, nasi pulut, lempeng, lauk-lauk kampung seperti ulam-ulaman dan seumpamanya. Makanan yang dikatakan tradisi negeri Pahang yang diwarisi sejak turun temurun ini, menjadi identiti kerana keistimewaannya yang tersendiri, menambah selera makan sesiapa sahaja. 


Sambal belimbing hitam istimewa

Keenakannya menarik penggemar dari luar untuk menikmati sambal belimbing hitam istimewa ini. Mana tidaknya, mama Izz merupakan 'pure Perakian' yang mana sudah terbiasa dengan tempoyak campur cili api tumbuk dan juga ikan bilis tumbuk boleh meminati sambal belimbing hitam ini. 

Sebenarnya, gabungan rasa masin, pedas dan masam yang seiring inilah yang menghasilkan keunikan rasa luar biasa sambal hitam. Enaknya sambal belimbing hitam ini dikatakan akan 'melekat pada lidah dan sukar dilupakan' bagi sesiapa yang pernah merasanya.

Tambah-tambah di bulan Ramadhan, kan? Makan waktu berbuka dan bersahur. Fuh, memang mantap! Mama Izz tak pernah putus bekalan Sambal Belimbing Hitam ini.

Cicah Rasa sambal belimbing hitam istimewa
Boleh klik banner untuk informasi lanjut

Sambal Hitam Pahang istimewa
Dijual dalam bentuk pek 100 GRAM bergantung kepada permintaan

Sambal ini boleh disimpan lama. Boleh juga dihidang dengan apa saja juadah yang korang rasa sesuai dihati. Sedap yang teramattttt!!! Jika ada yang berminat mencuba atau merasa Sambal Belimbing Hitam istimewa ini, bolehlah : 

Hubungi/Sms/Whatsapp : 
019-3075006 - Puan Shuhada
Pergi ke page Cicah Rasa Sambal Belimbing Hitam

Resepi turun temurun ini diturunkan melalui ibu Puan Shuhada sendiri. Sehingga kini ibu Puan Shuhada masih menjadi pembekal utama stok belimbing buluh kepada Puan Shuhada.

~Testimonial from mama Izz


Share:

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!