PANIK BILA LIHAT CECAIR KELUAR MELALUI LEHER

Panik bila lihat cecair keluar melalui leher | Petang semalam kami dikejutkan oleh sesuatu yang belum pernah terjadi selama ini. Seperti biasa setiap hari Isnin adik Izz akan mula mendapatkan Nutrisi Parenteral (TPN) nya. Aku sediakan dan keluarkan semua peralatan seperti biasa sambil-sambil mama Izz juga menyediakan dirinya. Semuanya dilakukan dengan lancar seperti hari-hari sebelumnya. Aku buka semua sterile pack, mama Izz sarungkan tangannya dengan surgical glove, sambungkan tubing dengan filter, celupkan cotton dengan Povidone, asing-asingkan gauze dan lain-lain. Sementara mama Izz siapkan semua itu, aku pula temankan adik Izz melayani tab dan bersembang-sembang dengannya. 


Semuanya bermula apabila mama Izz 'flushing' tiub Central Venous Line (CVL) adik Izz dengan Heparine Saline. Aku lihat ada cecair yang keluar melalui leher adik Izz. Aku beritahu mama Izz dan dia fikir aku hanya melawak. Dan aku suruhnya 'flushing' pula dengan Normal Saline. Ternyata, samada Heparine Saline ataupun Normal Saline yang di 'flush' ke dalam tiub CVL itu akan keluar semula melalui leher adik Izz. Cecair itu keluar melalui celah leher adik Izz kesan daripada pembedahan minggu lepas. Panik sekejap aku dengan mama Izz dengan keadaan itu. 


CVL dislodged
Seal leher adik Izz dengan tegaderm Pad. Mujur tiada apa-apa walupun hold semalaman.

Mama Izz segera menelefon wad untuk mendapatkan kepastian. Jururawat memberitahu agar dihentikan pemberian Nutrisi Parenteral (TPN) dan dilakukan cucian di sekitar leher adik Izz sebelum ditutup dengan Tegaderm Pad serta disarankan datang ke wad. Mama Izz ambil keputusan datang ke wad pagi ini. Dan pagi ini adik Izz sudah admit ward. 

Wad KK4 institut Pediatrik
Pagi-pagi lagi terus bawa ke wad. Nampak agak lemah sedikit. Mungkin disebabkan Hypo.

Doktor juga sudah buat ujian dengan flushing tiub CVL adik Izz sekali lagi dan sememangnya ianya akan keluar semula melalui lehernya. Ujian Xray sudah dijalankan dan KEPUTUSANnya adalah 'tip' pada tiub CVL adik Izz yang disambungkan ke salur darah itu telah terlucut (dislodged). Allahuakbar. Tak pernah-pernah jadi sebegini. How come tubing boleh terlucut dari salur darah? Pening bila difikirkan. Takpelah, kami terima seadanya ujian ini. 


Mama Izz paling tidak keruan dengan keadaan adik Izz ini. Sejak semalam makan tidak lalu dan tidur pun tidak lena. Apa kata pakar? Esok mungkin adik Izz akan jalani OP lagi untuk betulkan tiub CVL berkenaan. OP LAGI? Bak kata mama Izz, "Boleh jadi gila tau macam ni". Dan aku lihat mama Izz, memang dah macam orang tak terurus. 

Bersabarlah!

14 comments:

  1. Sabar ye mama izz...betul yg x mengalami hanya boleh ckp mcm tu..
    Apapun kami doakan yg terbaik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah. Terima kasih mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga. Mudah-mudahan diperkenankanNya.

      Delete
  2. kalau saya pun akan kata benda yang sama... boleh jadi gila macam ni... Ya Allah, setiap kali baca setiap kali sangat sangat kasihan dengan apa yang adik izz alami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau juga dengan keadaan dan emosi mama Izz tu. Hope dia dapat bertahan demi adik Izz..

      Delete
  3. Semoga mama izz dan family adik izz tabah..Semoga adik izz cpt sihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah... Terima kasih beri sokongan dan mendoakan anak saya adik Izz. Semoga Tuhan membalas budi baik itu

      Delete
  4. benda tak terjangka .. apapun moga adik Izz dapat bertahan, doa kami dari kejauhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benarlah perkara yang tidak dijangka. Kami agak panik bilamana air keluar melalui leher. Alhamdulillah, adik Izz tiada apa2.

      Delete
  5. AnonymousJune 02, 2015

    Semoga tuan dan isteri sentiasa dikurniakan kesabaran dlm menempuh dugaan ini...sesungguhnya Dia akan hanya menguji umatnya mengikut kemampuan...buat adik izz...anda mmg hebat dan kuat semangat...teruskan dng semangat itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah. Rakan-rakan banyak beri sokongan dan semangat kepada kami sekeluarga. Kadang-kadang terasa lemah juga diri kami ini.

      Terima kasih tuan/puan

      Delete
  6. dah lama saya tak ke sini. wahhh
    dah totally lainlah blog ni, tahniah ye

    apapun simpati dengan keadaan adik izz
    selalu juga follow perkembangan dia di FB
    di blog aje tak berkesempatan
    saya doakan yang baik-baik aje utuk dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog dah lain? Hehehe, tunjuk ajar ku sifu semua ini. Saya cuba update andai berkesempatan samada melalui fb, page ataupun blog. Hope dengan apa yang saya buat, mendapat doa dari semua buat adik Izz, Inshaa Allah.

      Delete
  7. Ya Allah, semoga Allah sembuhkan adik Izz.kecik2 macam2 ditanggungnya...kesian dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini dugaan buat kami sekeluarga. Inshaa Allah kami cuba kuatkan semnagat berkat sokongan semua untuk menempuhinya.

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my