ALONG MERAJUK KE?

Comel pula bila budak gemuk merajuk | Sepanjang Ramadhan ini kantin sekolah along Izz ditutup tetapi aku tetap berinya duit belanja sekolah. Kadang-kadang habis kadang-kadang tidak. Bila lihat dia pulang dengan buku nota kecil baru, pensel baru, pemadam baru, aku tahu dia habiskan duit belanjanya di koperasi sekolah. Ada hari aku kurangkan belanjanya, dia tetap juga habiskan di koperasi sekolah. Semalam pagi aku hantarnya ke sekolah, aku terlupa berinya duit belanja. Dan bila petangnya mama Izz bertanya "along belanja apa hari ini?", dia cuma menyalahkan aku. "Along tak beli apa-apa, duit takde. Papa tak bagi". Kesian pulak dengar rasanya.

Janganlah merajuk ye!

Dan pagi ini lain sedikit. Bila hantar je ke sekolah, dia yang mulakan bicara "papa, duit mana? Ada tak?". Aku cuma lontar pesanan "jangan beli macam-macam tau" sambil keluarkan 3 keping duit seringgit. Lantas along Izz menjawab "takyah, takyah. Along taknak lah". Erk, takkan sentap kot? Selesai bersalaman, berciuman, berpelukan (mama Izz ajar), along Izz terus berlalu pergi ke dewan perhimpunan. Menunduk saja jalannya. Kasihan pula aku lihatnya. Keraskan hati, aku pun berlalu pergi. Tunggulah petang ini, tengok apa yang akan dibisingkan olehnya. Kalau ok je, esok tak payah bagi dah. Hehehe!

Along, along! Takkanlah mewarisi tradisi 'mencebik' mama kamu?


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my