TURUN BANYAK BERAT BADAN

Berat badan memang merupakan salah satu isu buat adik Izz. Sangatlah susah untuk mengekalkan berat badannya apatah lagi meningkatkannya. Terbaru adik Izz turun sebanyak 600GM apabila 3 HARI adik Izz tidak mendapat Nutrisi Parenteral (TPN) dan mungkin hari ini juga adik Izz tidak mendapat Nutrisi Parenteral (TPN). Adik Izz sudah admit ward hari ini tapi doktor belum putuskan lagi apa 'perancangan' mereka. Buat masa sekarang, hanya meneruskan dengan pemberian susu + glucose melalui tiub suapan Gastrostomy. Tujuannya adalah mengelakkan adik Izz Hypoglicemia (kurang gula dalam darah). 

check in wad HKL
Adik Izz pagi ini bila dia bersama-sama menghantar along Izz ke sekolah.

Aku lihat 3 HARI ini adik Izz walaupun tanpa tiub Central Venous Line (CVL) dan tanpa Nutrisi Parenteral (TPN), dia sangat aktif. Tidak mahu langsung duduk didalam bilik khas nya, asyik mahu bermain di ruang tamu bersama-sama abang-abangnya sahaja. Mungkinkah adik Izz sudah boleh hidup tanpa Nutrisi Parenteral (TPN)? Siapa tahu kan, itu semua kuasa Tuhan. 

Sudah dapat katil No.2 di Wad KK4 Institut Pediatrik, HKL. Jika ada sesiapa yang ingin menziarahi adik Izz, bolehlah datang. Kami alu-alukan dengan tangan terbuka. 

5 comments:

  1. eh.. masuk ward semula ker? semoga dipermudahkan.. adik izz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer mommy. Baru hari ini admit. Mungkin buat ultrasound cari line dan decide new op.

      Delete
  2. Salam sis... saya tbaca di fb... supplemen utk membntu dgn izin Allah... :) Saya cadangkan boleh ambil Mealshakes (dalam bentuk serbuk utk dibancuh & boleh dicampurkan dengan susu... mengandung pelbagai vitamin serta membantu meningkatkan selera makan... kalau tambah dengan Omega Guard lagi bagus.. meningkatkan siatem imun tubuh. Harap sis boleh pertimbangkan.. apa-apa.. hubungi saya di 012-5538628 (diana)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah. Terima kasih atas recommendation berkenaan. Tetapi saya perlukan list kandungan supplemen berkenaan kerana ada vitamin yang adik Izz tidak tolerate dan ada kandungan yang adik Izz tidak perlukan (means berlebihan). Nanti Inshaa Allah saya whatsapp puan ye.

      Terima Kasih!

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my