TIPS TINGKATKAN STANDARD KEBERSIHAN

Assalammualaikum . . .


Tiub Central Venous Line (CVL) yang di dada adik Izz merupakan tiub yang sensitif. Menjaganya dan mengelakkannya daripada jangkitan amatlah kompleks. Sedikit kesilapan bakal meletakkan adik Izz mengharungi pembedahan lagi. 

Selain menjaganya daripada terkena jangkitan, gerak geri adik Izz juga perlu diperhatikan kerana tiub CVL berkenaan pernah tercabut 2 kali gara-gara adik Izz yang menariknya sendiri. Namun semakin adik Izz membesar, risiko untuknya mencabut sudah berkurangan kerana dia sudah agak memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Kurang sudah adik Izz mengusik di kawasan sekitar tiub CVL berkenaan. 

Gauze Swab
Gauze yang menutupi dan melapik tiub CVL adik Izz juga steril. Kalaulah sudah terjatuh ke lantai ataupun peknya sudah terbuka,
ia akan dibuang terus dan akan dibuka oek yang baru.

Pada apa yang aku fahami dan lihat, infection boleh disebabkan oleh banyak sebab. Sebab itulah, tahap kebersihan di bilik adik Izz sentiasa dijaga rapi. Sehari lebih kurang 3 kali sama ada mama Izz ataupun opah Izz akan mop lantai bilik adik Izz dengan cecair pencuci lantai Dettol. Habuk-habuk akan dicuci dan disapu, kelengkapan mesin Nutrisi Parenteral (Infusion Pump) dan mesin Gastro (Syringe Pump) serta peralatan elektrik yang lain akan dilap dengan tisu basah khas, troli penyediaan pula biasanya mama Izz akan lap dengan tisu dan disudahi dengan Alcohol Swab. 

Air Purifier pula sentiasa terpasang bagi memastikan udara bersih disamping kekerapan mama Izz spray bilik adik Izz dengan Dettol Spray, keluar masuk bilik adik Izz sentiasa dimulakan dengan Handsrub dan pelbagai lagi. Semuanya demi memastikan tahap kebersihan benar-benar pada tahap yang tinggi. 

Dressing untuk Nutrisi Parenteral (TPN) berbeza dengan dressing tiub suapan Gastrostomy adik Izz. Apa-apa yang melibatkan Nutrisi Parenteral (TPN) perlulah steril and double safety. Sebab itulah semasa penyediaan untuk dressing tiub CVL dan TPN adik Izz, sebelum dikeluarkan barang-barang pakai buang sterilnya, aku perlu mandi dahulu, tukar pakaian dan gosokkan tangan dengan handsrub. Bila semua kelengkapan sudah dikeluarkan dan diletakkan atas troli penyediaan, sebelum buka semua pack berkenaan aku perlu basuh tangan pula. Basuh tangan mengikut kaedah yang doktor ajarkan. Banyak juga stepnya. Sebelum terlupa, setiap kali dressing CVL atau TPN, penghawa dingin harus dipasang. Itu requirement doktor TPN.

Handwashing Technique
Inilah kaedah yang doktor ajarkan. Dulu ingatkan basuh tangan macam biasa je.

Itu baru pada part aku. Part mama Izz lebih berganda tahap keselamatan dan kebersihannya. Nantilah aku cerita part mama Izz. Semua yang kami lakukan, yang kami buat, semuanya demi adik Izz. Yang penting kesihatannya, keselamatannya dan kesembuhannya. Pakar pernah berkata, "kalau saya tahu, saya sudah beritahu dan guna. Cuba dan cuba lagi. Kalau nak dikira infection, di wad pun boleh terkena infection". Ada benarnya.

Inshaa Allah.

1 comment:

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my