TAMAN FANTASI FLORIA 2015 PUTRAJAYA

Walaupun tumpuan penuh diberikan kepada adik Izz, namun aku tidak pernah lupa yang aku juga mempunyai 2 orang lagi anak iaitu along Izz dan angah Izz. Kasihan juga melihat mereka bilamana seakan melebih-lebihkan adik Izz. Bukannya apa, adik Izz mempunyai tiub Central Venous Line (CVL) di dada dan tiub suapan (Gastrostomy) di perutnya. Takut sangat seandainya adik Izz menarik tiub berkenaan. Sebab itulah adik Izz diberi lebih tumpuan berbanding abang-abangnya. Bukannya tidak sayangkan mereka. 

Floria 2015
Singgah sini sebentar sebelum ke taman PICC tu (taman feveret mereka)

Floria Putrajaya
Masa aku datang, tiada satu kipas pun yang berpusing. Angin ada, tapi tidak kuat.

Untuk menghilangkan rasa tidak keruan mereka, aku cuba sehabis baik menghiburkan mereka. Jadinya setiap kali cuti sekolah Sabtu dan Ahad, aku akan bawa mereka keluar berjalan-jalan walaupun dekat. Dan kelmarin aku bawa mereka ke Taman Fantasi (Fantasy Garden). Taman Fantasi ini untuk Floria 2015 yang akan diadakan pada penghujung Mei ini sebenarnya, tetapi sudah dibuka awal untuk kunjungan. 

Floria 2015
Risau aku takut pecah je. Mujur tiada apa-apa berlaku.

Ramai juga aku lihat orang yang datang ke taman ini. Maklumlah taman ini bersebelahan sahaja dengan Taman Beijing tu. Alang-alang ke taman kungfu itu, teruslah singgah ke Taman Fantasi ini. Along Izz dan angah Izz sudah kurang berkenan dengan Taman Beijing itu kerana mereka sudah 3 kali ke sana. Jadi, tumpuan mereka hanyalah Taman Fantasi berkenaan yang pada aku memang menarik dengan colourful bagai. 

Taman Fantasi Putrajaya
Kura-kura tu memang nampak macam betul. Aku pun tertipu mulanya.

Taman Beijing (bersebelahan)
Kalau betul-betul along Izz duduk atas rabbit tu, confirm pecah. Cuma buat gaya sahaja.

Siapa yang hendak ke sini, pergi je ke tapak Floria ataupun Taman Beijing.

7 comments:

  1. wahhh... comelnya, seronoknya bawak anak2 ni jalan2 ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila mengenangkan adik Izz, memang melekat ajelah dirumah. Bawa mereka supaya mereka tidak bosan. Lagipun FOC. hahaha

      Delete
  2. wahhh... comelnya, seronoknya bawak anak2 ni jalan2 ye..

    ReplyDelete
  3. eh seronoknya..taman fantasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya belum fully siap nih. Nanti dah siap, mesti lagi best.

      Delete
  4. Aku dah g sini... mmg best... takmo promote tmpt ni lagi sbb nnti makin ramai lak yg tahu... hahaha... nak g bergambar lagi puas2 lps tu bdaru update psal tmpt ni... ahahhaa...

    ReplyDelete
  5. Assalam papa izz,
    waaaaaaaaa
    macam best ja taman tuuuuuu

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my