PEMBAKARAN SATE TERPANJANG | THE LONGEST SATAY LINE

Pembakaran sate terpanjang. Aku memang penggemar tegar sate, tapi cuma sate daging sahaja yang aku makan. Sate ayam, sate kambing, sate arnab, sate rusa dan lain-lain sate bukanlah aku tidak suka cumanya aku memang berkenan ke sate daging sahaja. Semua sate sedap rasanya pada aku. Tak kisahlah Sate Kajang ke, Sate Willy ke, Sate Pasar Malam ke, semuanya memang kena dengan taste aku. Kerap jugalah aku pekena sate di Selera Laman Perdana berhampiran bangunan JPM Putrajaya tu.

Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 2015
Kalau ada yang terlibat tolong bakar sate tu, janganlah sambil makan-makan. Nanti kurang cukup pulak panjangnya. heheh!

Mungkin disebabkan itu, semalam adik ipar aku whatsapp aku 1 gambar. Fuh, tergoda aku tengok gambar berkenaan tambahan pula aku nampak perkataan 'PERCUMA' di situ. Tapi rasanya aku tidak boleh join sahaja sebabnya aku dah book tarikh ini untuk pergi kenduri kahwin jiran sebelah rumah di kampung aku. Sebab itu, aku share pada rakan-rakan semua kalau-kalau ada yang berdekatan dan berminat untuk turut serta. Percuma beb! The longest satay line katanya.

Karnival 1001 Rasa 2015
Maskot adiwira punya event tu macam menarik juga. 

Dengar-dengarnya rekod pembakaran sate terpanjang ini akan dicatatkan di dalam The Malaysia Book of Records. Sebenarnya acara ini merupakan salah satu acara dalam Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 2015. Bila aku tengok pada iklan, banyak rupanya aktiviti yang dijalankan. Pertama kali pulak aku dengar pasal karnival ini padahal sebelum-sebelum ini sudah pun diadakan. How come aku boleh terlepas pandang event makan-makan ini? Oklah, kalau korang nak tahu lebih lanjut berkenaan event ini, korang boleh je pergi ke
portal rasmi MPKj ataupun ke 
laman facebook MPKj

Selamat menjamu selera.



2 comments:

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my