HADAPI UJIAN DAN PEPERIKSAAN


Penilaian Kendalian Sekolah Rendah
Semoga berjaya!

Cuti hujung minggu ini along Izz akan diletakkan dibawah pemantauan mama Izz sepenuhnya. Ini kerana along Izz akan menjalani Ujian PKSR (Penilaian Kendalian Sekolah Rendah). Senang cerita exam lah. Jadinya along Izz kenalah ulangkaji pelajaran. Ada 9 subjek semuanya yang perlu along Izz jawab. Semoga apa yang along Izz pelajari selama hampir 5 bulan ini dapatlah along Izz terjemahkan kepada kertas peperiksaan. Inshaa Allah. 

KAFA
Ini Jadual peperiksaan pertengahan tahun bagi KAFA

Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (KAFA) pula telah pun bermula Khamis lepas dan akan tamat pada Khamis ini. Banyak juga yang perlu along Izz hadapi. 8 subjek semuanya. Bila ditanya bagaimana, along Izz hanya menjawab 'ok' sahaja. 

Ujian PKSR
along Izz tetap tiada tekanan. Tekanan hanya kepada mama Izz. Hehehe

Bila anak hendak exam ni, sebenarnya parents yang akan lebih berdebar. Tambah-tambah si mama Izz. Aku tengok along Izz tu rileks je macam tiada apa-apa. Iyalah, mama Izz mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. Apapun, aku doakan agar along Izz sukses menghadapi peperiksaan ini dan bakal mendapat keputusan cemerlang. 

Mudah-mudahan!

4 comments:

  1. musim anak-anak periksa ni yer...all the best buat anak-anak yang sedang menghadapi peperiksaan....

    ReplyDelete
  2. Assalam papa izz,
    chaiyok3 along izz :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,
      Bila ditanya along Izz "camna exam?"
      Dia cuma kata, "along tak jawab pon".

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my