Post Top Ad

DRAMA HATI PEREMPUAN PUNCA PERPECAHAN KELUARGA

Anak-anak zaman sekarang. Kalau bukan tengok tv, mereka main tab. Kalau bukan main tab, mereka main handphone papa dan mama. Itu mujurlah belum ada playstation. Kalau tidak? Aku bukanlah terlalu mendedahkan mereka dengan tv ataupun gadget. Cuma aku beri peluang seketika untuk mereka release stress. Ialah, aku pun stress sebenarnya. At least apabila mereka ada yang hendak dilihat ataupun bermain, sekurang-kurang mereka kurang 'menghuru-harakan rumah. 

Upin Ipin
Bila balik dari sekolah, inilah rutin mereka bersama-sama. Adik Izz tunggu masa untuk On TPN dan along Izz serta angah Izz tunggu masa untuk mandi.

Sebagai contoh along Izz dan angah Izz. Seharian mereka di sekolah / taska belajar, beraktiviti bagai. Bila balik ke rumah, biasanya aku akan pasang tv biarkan mereka berehat seketika sebelum mandi dan mengaji. Dan tv biasanya akan dipasang mengikut cerita kegemaran mereka. Jam 8:00PM pula merupakan waktu untuk aku pula ambil alih gunapakai tv. Dan mereka faham. Waktu itu pula adalah waktu untuk mereka ulangkaji, kemas buku sekolah, kemas beg taska angah Izz dan sebagainya. 

Berbeza dengan adik Izz, dia agak tidak lekang dengan tabnya. Diulang-ulangnya samada cerita Pada Zaman Dahulu, Upin dan Ipin, ataupun Boboiboy. Itu untuk isi masanya yang apabila malam menjelma, adik Izz hanya akan memerap didalam bilik sahaja. Dan adik Izz kurang melihat tv di dalam biliknya kerana tv bilik berkenaan tidak boleh rekod cerita kegemarannya. Hanya tv diluar sahaja yang boleh rekod cerita. 

Ultraman Max
See? Bila masing-masing fokus dengan cerita masing-masing. Waktu ni rasanya mama Izz dan opah Izz tengah marahkan kalau bukan Yuhanis tu, mesti tengah marah Ku Lin. Hahaha

Biasanya aku akan ambil alih menjaga adik Izz di dalam bilik bila adik izz ON Nutrisi Parenteral (TPN). Dan ketika itu jugalah along Izz dan angah Izz juga akan berpusu-pusu untuk turut sama berada didalam bilik adik Izz. Sebab apa? Sebabnya tv diluar apabila jam 7:00PM menjelma, mama Izz dan opah Izz pula yang akan conquer tv berkenaan semata-mata ingin melihat cerita yang mereka sendiri bengang dan menyampah iaitu Hati Perempuan. Hahaha. Macammana aku tahu mereka menyampah? Sebabnya dari dalam bilik lagi aku dengar mereka bising-bising dan marah-marah. 

Galaxy Tab 3 lite
Adik Izz tetap tidak heran walaupun ketika ini Max tengah berlawan dengan Raksasa

Dalam bilik pula, anak-anak akan melayan cerita Ultraman Max pula. Adik Izz yang kurang berminat, hanya melayan tab nya dengan pelbagai cerita ulangan. Sampaikan aku pun naik muntah bila dia ulang-ulang cerita yang sama. Jadinya, dalam bilik tinggallah geng-geng lelaki kacak, dan di ruang tamu pula tinggallah geng-geng wanita geram. Atok Izz macam biasa memang ke surau awal lagi. Selepas Isya' baru dia balik rumah. Jadi atok Izz kurang tahu 'perpecahan' yang berlaku dirumah. 

Walaupun lampu sudah ditutup, dia masih tidak lekang dengan tab nya. Penyudahnya? Tunggulah sampai habis bateri.

Perpecahan sementara!

14 comments:

  1. tak lepas tab dari tangan dia..kusyuk sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu je peneman dia. Even masa dressing pun dia dengan tab. Nak tengok upin malam2 mane nk dpt kat tv bilik tu? Klu tv luar bleh ulang2 sbb dh rekod.

      Delete
  2. leka benar dia dengan tab tu...

    sudi-sudilah lawat blog saya
    http://85mutiarabeauty.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah. Tab tu sesambil alih perhatian adik Izz daripada tiub-tiub berselirat tu! heheh

      Delete
  3. make sure control brightness tab tu... bagi seminima mungkni... ank aku mmg aku limitkan tab sehari sekali jer... itu pun dalam sejam atau sejam lebih skit... kalau xnak bg die main tab aku la mangsa kena jd gol keeper die sepak bola dlm rumah... hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah. Biasa aku beri brightness 50%. Tapi, pandai pulak di pi adjust sampai 100%. Dia lebih fasih tab tu berbanding aku. Tapi biasanya tak sampai 30 minit pun dia layan tab memalam. Bila dah On TPN tu, tak lama dia akan hanyut tido. Haa, lagi 2 orang abang dia, aku xjadi keeper. aku jadi FRU terus!

      Delete
  4. Anim pulak tak sempat nak tengok drama bagai terutama time2 gini ...nanti anak sound setepek ibu dok khusyuk layan drama hahaha. Yang tab tu hari sekolah memang tak bagi tengok ...dan paling pantang kalau tengok dalam gelap. Memang kena bebel la ngan ibu .... jangan jadi rabun macam ibu tengok dekat-dekat dalam gelap hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Lampu bilik adik Izz hanya akan ditutup bila dia sudah menguap lebih 3 kali. Itu tanda yang diberi. Dan kebiasaannya tab akan diberi waktu itu bateri dalam 30% sahaja. Takut plak dia addicted sangat dengan tab tu.

      Delete
  5. hihihih... comel je budak kecik tu main tab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siap pandai on internet tu. Pastu, mesti ade apps yang hilang kene delete.

      Delete
  6. Assalam papa izz,
    nomei adik izz
    perangai sama macam my boboboy
    memang penyudah kena tunggu bateri abes :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,
      bila bateri habes, pandai pula dia suruh kita gi caj. emmm

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!