DIA SUDAH LALI DENGAN UBAT BIUS

Mungkin dia sudah lali dengan ubat bius. Kenapa aku berkata demikian? Sebabnya semalam selepas adik Izz menjalani hampir 2 jam pembedahan untuk New CVL insertion, dia cergas dan menangis-nangis dengan kuatnya. Aku pernah sekali menjalani pembedahan dan juga diberi bius penuh oleh doktor. Selepas pembedahan aku agak mamai dan pening-pening serta rasa agak loya. Mata pula asyik terkebil-kebil sahaja. Apa yang orang kata masa itu, aku hanya dengar tidak dengar sahaja. Rasa hendak melelapkan mata sahaja. 

iv drip line
Dia agak moody bila pergerakannya agak terbatas. Line ditangan untuk drip dan tangan sebelah lagi diletakkan pelapik mengelakkannya daripada menarik line ditangan kanan.

Berbeza sungguh dengan adik Izz, setiap kali selesai pembedahan dia agak segar berbanding patient lain yang menjalani pembedahan. Oklah, mungkin adik Izz lebih kuat daripada aku. Ramai yang tahu semalam adik Izz menjalani pembedahannya yang ke 14 dan merupakan pembedahan memasukkan tiub CVL yang ke 8 baginya. 

Alhamdulillah syukur pada Ilahi semuanya berjalan lancar seperti dirancangkan dan semuanya selamat. Seperti pembedahan-pembedahan sebelum ini, peneman setia yang menanti sambil tergolek-golek di depan dewan bedah adalah mama Izz dan opah Izz. Merekalah orang yang paling berdebar-debar menanti tamatnya pembedahan. Makan tidak lalu, jalan mundar-mandir dan kadang-kadang aku telefon pun mereka tidak dengar bunyi panggilan. 

Image tiub CVL
Rajah bagaimana tiub CVL berkenaan disambung. Sumber : Google

Adik Izz masuk ke dewan bedah semalam sekitar jam 1:50 PM dan pembedahan tamat sekitar jam 3:30 PM. Pembedahan kali ini, pakar letakkan tiub CVL baru adik Izz di bahagian kanan dadanya pula. Nampaknya terpaksalah aku adjust drip stand dan mesin-mesin dirumah sebabnya tiub suapan Gastrostomy adik Izz di bahagian kiri perutnya. Mahunya bersilang-silang tiub nanti sekiranya kedua-dua mesin berjalan serentak. 

CVl insertion ke 8
Tiub dimasukkan melalui bahagian leher dan tiub dikeluarkan melalui dadanya. Aku belum berpeluang melihat tiub baru berkenaan.

Setelah 4 hari adik Izz berhenti menerima Nutrisi Parenteral (TPN), petang semalam juga adik Izz terus diberi Nutrisi Parenteral (TPN). Sekarang aku belum fikirkan tentang bila adik Izz akan discharge kerana apa yang penting kini adalah untuk kembalikan kesihatan, kercergasan dan kembalikan berat badannya yang hilang 600 GM itu. Mungkin adik Izz akan ditahan seminggu bagi memastikannya betul-betul bersedia pulang ke rumah untuk meneruskan Home TPN Programme

Apapun, aku sekeluarga ingin ucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat kerana berusaha bertungkus lumus, mendoakan keselamatan dan kelancaran pembedahan adik Izz. 

TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my