Post Top Ad

CEGAH SEBELUM PARAH

Susulan nampak CUFF (penanda) pada tiub CVL adik Izz yang mana sepatutnya ia kekal berada dibawah kulit (BACA DISINI), mulalah rasa tidak senang. Tapi, aku cuba hold dahulu untuk bawa adik Izz ke hospital kerana tidak nampak pergerakan ketara pada tiub CVL berkenaan. Bertahanlah CVL berkenaan selama 2 hari sehingga next checkup. 

Cuff
Cuff yang berwarna sedikit kekuningan sudah nampak!

Rutin mingguan adik Izz seperti biasa setiap Jumaat datang ke wad untuk buat ujian darah dan timbang berat badan disamping pemeriksaan yang lain-lain. Bila doktor melihat tiub CVL adik Izz dengan CUFF yang sudah kelihatan, doktor buat keputusan untuk menjahit tiub CVL berkenaan. Tiub berkenaan masih boleh digunakan lagi, cuma perlu dijahit bagi mengelakkannya TERCABUT.

Tiub CVL dijahit
Tiub CVL yang sudah dijahit dimana Cuff sudah tidak kelihatan lagi.
 
Adik Izz cuma diberi ubat tidur dan dia akan ditahan sebentar untuk tujuan observation. Tidak perlu admit ward pun but still aku kena tunggu sehingga petang. Rasanya 2 kali adik Izz diberi ubat tidur kerana pemberian ubat tidur kali pertama melalui oral tidak berkesan, dan pemberian ubat tidur kali kedua diberi melalui tiub CVL. Alhamdulillah semuanya ok menurut apa yang aku lihat. Cuma bab 'dressing' agak lambat sedikit kerana benang turut melekat pada Gauze yang menutupi tiub CVL adik Izz. 

Harap mampulah tiub CVL kali ini bertahan lama. Inshaa Allah

6 comments:

  1. aunty yang tengok ni tak henti-henti doa untuk adik izz... semoga cepat sembuh sayang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, amin, amin.. Mudah2an makbul doa rakan2 semua. Inshaa Allah

      Delete
  2. tak sanggup tengok. doa tak putus2 amin amin aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, Inshaa Allah. Terima kasih mendoakan adik!

      Delete
  3. Assalam pap izz,
    moga adik izz baik2 saja
    chaiyok3 yer sayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Mudah-mudahan makbul doa2 kita semua. Aminn

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!