BILA NAMPAK TANDA PADA TIUB CVL MULALAH GUSAR

Setiap hari memang aku dan mama Izz akan 'dressing' tiub Central Venous Line (CVL) adik Izz walaupun ada hari yang dia tidak mendapat Nutrisi Parenteral (TPN). Tujuannya adalah untuk mengekalkan kebersihan dan mengelakkan jangkitan kepada adik Izz. Dan setiap kali 'dressing' itulah hati rasa berdebar-debar je bila buka dia punya plaster Hypafix dan Gauze yang melapik menutupi tiub CVL adik Izz. 

Feeding Tube
Yang putih didada kiri adik Izz itulah plaster Hypafix. Dibawah plaster berkenaan, dilapik dengan Gauze. Dibawah Gauze itu pula adalah tiub CVL adik Izz. Tiub khas untuk beri Nutrisi Parenteral (TPN).

Tiub CVL adik Izz ada penanda yang menunjukkan samada ianya berganjak ataupun bergerak sedikit. Jika aku buka dan nampak seperti hari-hari biasa dengan Gauze berkeadaan sedikit ada tanda kekuningan, aku rasa lega. Its NORMAL. Jika nampak tanda-tanda seperti tiub berkenaan seakan sedikit berganjak, mulalah hati risau takut kalau-kalau tiub CVL berkenaan tercabut. 

Dan semalam bila 'dressing' tiub CVL adik Izz, aku nampak tandanya. Macam sudah berganjak dan bila dicuci, ianya sedikit berdarah. Mama Izz cuba menolah sedikit tiub CVL berkenaan ke dalam dan terus lapikkan dengan Gauze. Aku pula terus lekapkan dengan plaster Hypafix. Sepanjang malam beri adik Izz Nutrisi Parenteral (TPN), tidak muncul apa-apa tanda ketidakselesaan adik Izz. Walau macamanapun, berdebar menanti sesi 'dressing' petang ini. 

Hope tiada apa-apa.

2 comments:

  1. Assalam papa izz,
    sentiasa dalam keadaan berjaga2 kan3
    demi adik izz tersayang
    moga segalanya dipermudah AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,
      risau rasa namun adik Izz tidak pula menunjukkan tanda2 dia sakit sangat

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my