BAGAIMANA MEREKA LUANGKAN MASA BERSAMA?

Masa untuk mereka bersama agak terbatas. Isnin hingga Jumaat, along Izz sibuk dengan sesi persekolahannya, dan angah Izz pula sibuk dengan sesi taskanya. Jadi masa untuk mereka bersama adalah waktu malam, itupun selepas adik Izz ON Nutrisi parenteral (TPN). Adik Izz sudah tidak boleh kemana-mana waktu itu, jadinya along Izz serta angah Izz lah yang perlu masuk ke dalam bilik menemani adik Izz.


Galaxy tab 3 lite
Melayan Upin Ipin bersama-sama angah Izz didalam kegelapan.
 
Banyak pula syaratnya sebelum mereka dapat masuk ke dalam bilik adik Izz. Pertama mereka perlulah sudah mandi dan keduanya apabila masuk ke dalam bilik adik Izz, mereka perlu cuci tangan menggunakan Handrubs. Jangkamasa pula sekajap sahaja, mungkin bolehlah dilanjutkan sehingga adik Izz tidur ataupun tab adik Izz kehabisan bateri. Memang kebiasaannya adik Izz akan lebih selesa berehat dan tidur apabila mendapat Nutrisi Parenteral (TPN) nya. Waktu itu sajalah masanya untuk kumpul kembali tenaga yang dihabiskan pada siang harinya.

Home TPN
Angah Izz paling setia menemani adik Izz. Mereka kerap bergurau bersama.
 
Memang Sabtu dan Ahad adik Izz akan FREE Nutrisi Parenteral (TPN) dan banyak masa untuk along Izz dan angah Izz bermain bersama adik Izz, namun adik Izz perlu continue dengan pemberian susu melalui tiub suapan Gastrostomy nya. Jika tidak, alamatnya Hypo lah adik Izz. Aku seboleh-bolehnya ingin mengelakkan keadaan Hypoglicemia itu kerana menurut doktor, keadaan Hypo boleh effect kepada otak adik Izz. Alhamdulillah setakat ini, kami berjaya mengelakkan kejadian yang tidak diingini. 

Philip LCD Full HD
Beginilah apabila ketiga-tiga Izz menonton tv. Habis mendongak segala.

Samada beri Nutrisi Parenteral (TPN) ataupun beri susu via Gastrostomy, semuanya perlu dilakukan di dalam bilik khas adik Izz. Dan yang perlu sama-sama melekat di dalam bilik bersama-sama adik Izz tak lain tak bukan samada mama Izz atau opah Izz atau atok Izz ataupun papa Izz sendiri. Belum berani hendak lepaskan adik Izz dijaga oleh along Izz dan angah Izz. 

Mungkin akan datang Inshaa Allah mereka sudah boleh diberi kepercayaan untuk tolong menjaga adik Izz? Siapa tahu, kan? Mudah-mudahan.

3 comments:

  1. huhu..tinggi jugak susun letak tv nya..tp ye la ada anak kecik..kang dia panjat2 ke kan bahaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TV tu eye level kalau duduk atas sofa, then ade hifi atas rak. Sebab adik Izz selalu tolak mendalah hifi tu, terpaksalah alih. Udah nampak rongak je!. hihihi

      Delete
  2. Assalam papa izz,
    AMIN
    insyaAllah akan tiba hari itu :)

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my