Post Top Ad

TUMPUAN PENGAWAS DAN PENGAWAL

Assalammualaikum . . .

Lega rasanya. Aku sudah tidak perlu risaukannya lagi kerana along Izz sudah jadi tumpuan para pengawas dan para pengawal sekolah. Mana tidaknya, selepas kes melarikan diri dari sekolah yang lalu, kini dia menjadi tumpuan. Maknanya adalah orang tolong jagakan along Izz. 

Mama Izz pula sering beri pesanan kepada pengawal sekolah setiap kali menghantar along Izz ke sekolah. Sudah diberi kebenaran oleh mama Izz andai along Izz tidak dengar kata, boleh sahaja gertak atau pukul. Naluri ibu, kadang-kadang ada juga rasa tidak sedap hatinya. 

Mama Izz ajak aku untuk jenguk along Izz waktu tengahari. Aku hanya menurut sahaja, cuma aku hanya lepak dalam kereta di parking area dan mama Izz yang masuk ke dalam sekolah. Kebiasaannya, along Izz apabila tamat sesi pagi dia akan tukar beg dan terus ke surau sekolah untuk menukar pakaian KAFA. Tapi, aku dapat panggilan dari mama Izz menyatakan yang along Izz tiada di surau. Waktu pula sudah jam 1:30PM. 

Aku cuma keluar dari kereta dan terus menuju ke kawasan padang sekolah. Dan along Izz ada disana sedang bermain-main dengan rakannya. Mudah sahaja. Tiada di surau, cari di kantin. Tiada di kantin, cari di padang. Tiada di padang, cuba cari belakang dewan. Itu sajalah port biasa along Izz dan rakan-rakannya bermain. Aku dah fasih sangat lah.

along Izz seorang sahaja yang belum tukar pakaian.
 
Yang buatkan mama Izz agak geram bukannya sebab dia bermain, tetapi sebabnya along Izz belum tukar pakaian. Kawan-kawan semuanya sudah tukar, along Izz sahaja yang belum. Patutlah ada hari yang along Izz tidak menukar pakaian KAFA.

Port lepak-lepak yang mama Izz belum tahu. Hahaha
 
Bila ditanya, katanya tidak sempat. Memanglah tidak sempat kalau asyik bermain sahaja. Aku pun bisikkan di telinga along Izz, "habis sekolah, tukar baju dulu ye. Lepas itu kalau nak main, mainlah puas-puas ok". Along Izz cuma menjawab iye papa. Setel disitu. 

Macam biasa, mama Izz mencebik. Grrr!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!