Post Top Ad

RISAU BILA KELUAR TANDA INFECTION

Assalammualaikum . . .

Jumaat yang lepas adik Izz pergi untuk rutin checkup yang ditetapkan pakai iaitu seminggu sekali untuk tujuan ambil darah untuk ujian, timbangan berat badan dan pemeriksaan yang lain. Alhamdulillah apabila 'dressing' tiub Central Venous Line (CVL) adik Izz dibuat, ia menunjukkan yang ianya dalam keadaan yang baik. Tiub suapan (feeding tube) Gastro juga telah dibetulkan dan kini berada dalam keadaan yang baik. Tiada lagi pendarahan untuk beberapa hari ini. 

Siap-siap nak pergi checkup. Masa ginilah dapat menyemart bagai.

Cuma yang agak merisaukan, sejak Sabtu apabila 'dressing' dilakukan oleh aku dan mama Izz, ada tanda-tanda seperti infection. Namun adik Izz tidak pula menunjukkan tanda-tandanya terkena infection. Tiada demam dan tiada sakit. 

Setiap kali apabila 'dressing' dijalankan, memang Gauze yang menutupi tiub CVL berkenaan akan ada tanda-tanda seakan-akan kekuningan gelap. Tapi, semalam nampak agak banyak sedikit tanda-tanda kuning itu. Seperti kesan nanah. Apabila mama Izz menciumnya, tiada bau seperti bernanah. Tapi hati ini tetap risau.

Susu akan diberi melalui tiub suapan Gastro apabila adik Izz off TPN. Takutkan dia akan Hypo
 
Inshaa Allah adik Izz akan meneruskan Nutrisi Parenteral (TPN) pada petang ini selepas berhenti selama 2 hari. Aku harap apabila 'dressing' pada petang ini dilakukan, kesan kekuningan itu akan berkurangan dan bukannya bertambah. 

Hopefully!

2 comments:

  1. Assalam papa izz,
    alooloooooooooo
    nomei adik izz
    ber cap bagai he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. menyemart nak pergi spital checkup je pon. Ini mama Izz lah ni yang siapkan

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!