PERLU LULUS 'PEPERIKSAAN' SEBELUM BALIK RUMAH

Assalammualaikum . . .

Jika dengar kata doktor ataupun lihat surat doktor, adik Izz berkemungkinan akan dibenarkan pulang ke rumah pada pertengahan bulan April ini. Pulang untuk continue dengan Home TPN. 

adik Izz quite OK jugalah semalam bila mama Izz yang lakukan dressing. Good Boy!

Sebagai persediaan, sebelum itu aku dan mama Izz perlulah dahulu mengadakan demo 'How to dressing ON TPN' di hadapan doktor TPN itu sendiri. Dan petang semalam bermulah ujian buat kami. Berdebar pun ada. Sudah macam exam pulak dah. Doktor TPN pula dengan checklist ditangan akan tanda semua yang kami lakukan samada betul ataupun tidak. 

Setahun yang lalu, kami pernah buat itu semua, tapi iyalah sudah lama berhenti melakukannya semenjak adik Izz warded semula. Aku cumalah assistant manakala semuanya akan dilakukan sendiri oleh mama Izz. Mama Izz agak kurang yakin dengan sterility aku. 

Alhamdulillah, mama Izz yakin dengan apa yang dilakukannya. Very cautious women.

Biasalah, sebab dah lama stop buat dressing TPN so segala pergerakan agak slow sikit. Even masa cuci tangan pun berkali-kali doktor TPN ajarkan. Aduhai! Demi adik Izz, kami perlu juga lakukannya. Bolehlah juga lakukannya semalam walaupun agak lama. Nanti bila dah selalu lakukannya, Inshaa Allah oklah tu. 

Nanti mama Izz akan demo 'How to dressing OFF TPN' pula.
 

2 comments:

  1. Assalam mama & papa izz,
    chaiyok3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,
      Inshaa Allah kami boleh lakukannya..

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my