PENDARAHAN BERLAKU LAGI?

Assalammualaikum . . .

Puaslah buat yang terbaik untuk menjaga adik Izz sebaik-baiknya. Halangan sana sini, peraturan sana sini, apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Semuanya ditetapkan oleh mama Izz sekeras-kerasnya. Jika silap sedikit, mahu ke sembur dengan mama Izz. Jangankan along Izz dan angah Izz, even aku punya silap pun boleh kena sembur. 

Semuanya demi kelangsungan kesembuhan adik Izz. Tahu mama Izz sudah penat, sudah lelah. Seboleh-bolehnya mama Izz tidak mahu adik Izz warded lagi. Kasihan dengan adik Izz tu. Bila warded, macam-macamlah ujian akan dijalankan. Paling tidak boleh diterima dan ditahan kesedihan adalah jika sampai ke tahap memerlukan pembedahan. 

Baru-baru ini adik Izz telah menjalani pembedahan ke-13 nya dalam tempoh 17 bulan ini. Itupun kerana pendarahan pada tiub suapan Gastro adik Izz. Sudah selesai pun pembedahan dan sudah baik pun pendarahan. Alhamdulillah tidak lama warded adik Izz sudah boleh discharge. 

Tiba-tiba pagi ini, Gauze yang menutupi tiub suapan Gastro adik Izz didapati basah dan berdarah. Buka, cuci dan sapu ubat berhentilah pendarahan itu. Namun selepas beberapa ketika, masih ada darah di sekitar Gauze itu. Pendarahannya bukanlah tidak berhenti macam sebelum ini, cumanya kenapa darah tu akan ada semula selepas beberapa lama berhenti. 

Tidak banyak pendarahan seperti sebelum ini. Tapi cukup merisaukan kami.

Opah Izz akan pantau sementara keadaan adik Izz hari ini. Aku yang dipejabat ini tidak senang duduknya memikirkan adik Izz dirumah. Andai ada panggilan kecemasan dari opah Izz, alamatnya kena terus balik ambil adik Izz dan bawa ke Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur lah jawabnya. Aku harap tidak serius. 

Inshaa Allah.

adik Izz gembira dirumah, tambah-tambah jika along Izz dan angah Izz ada bersama.



5 comments:

  1. alahai adik Izz yang bambam,,semoga tiada yg serius,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope macam tu juga. Risau rasa

      Delete
  2. besar dugaan kamu sekeluarga....xblh nk dtg cni ..airmata cepat je mengalir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah dengan sokongan yang semua berikan, kami mampu hadapinya demi adik Izz.

      Delete
  3. Assalam papa izz,
    nomei adik izz rempit he3
    busatnya motor :)

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my