PEMBEDAHAN SIRI KE 13 | KAEDAH BAKAR

Assalammualaikum . . .

Alhamdulillah adik Izz telah selesai menjalani pembedahan. Semuanya berjalan lancar dan selamat. Terima kasih kerana rakan-rakan yang mendoakan adik Izz. Macam biasa bila tiba hari pembedahan, perasaan ini sangatlah berdebar. 

adik Izz yang mendapat special kisses dari jururawat sebelum ke dewan bedah

Mama Izz akan menemani adik Izz seperti sebelum-sebelum ini. Menemamni adik Izz masuk ke dewan bedah dan temankannya sehinggalah adik Izz melelapkan matanya kesan ubat bius. 

Aku belum pernah tandatangan surat kebenaran operation, surat kebenaran bius, surat kebenaran tambah darah dan sebagainya kerana aku serahkannya kepada mama Izz. Kaedah bakar ini bertujuan untuk menghentikan pendarahan pada tiub suapan (Gastrostomy) adik Izz disamping mengekang jangkitan kuman. 

Aku harap, biarlah ini pembedahan terakhir adik Izz. 13 kali sudah pembedahan sepanjang tempoh 17 bulan ini. Tak sanggup rasanya menghadapinya lagi. Tapi, aku tahu aku kena kuatkan diri ini supaya aku dapat beri sokongan kepada mama Izz.

 Inshaa Allah, adik Izz akan beransur sembuh. 

Aku akan update berkenaan pembedahan ini kemudian. Inshaa Allah




2 comments:

  1. Assalam papa izz,
    alolooooooooooo
    aunty pun kalo dekat memang nak kiss adik izz jugaks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,
      silap haribulan, hilang putih kulit tu. Jadi merah pulak nanti. hehehe

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my