MAMA BUKAN MARAH, CUMA

Assalammualaikum . . .

Aku sedang melihat tv sambil bersandar silang kaki di atas sofa. Dengan tidak semena-mena terdengar satu suara yang agak tinggi nadanya, "along, angah, kan mama dah kata JANGAN MASUK BILIK adik?"dan kadang kadang, "Kan mama dah kata JANGAN PEGANG adik. Pergi mandi dulu". 

Along Izz dan adik Izz memang suka bergaduh sebab tab, jarang sekali mereka berbaik sebab tab.
Namun pic ini menceritakan sebaliknya. Alhamdulillah!

Bolehlah dikatakan hari-hari aku akan dengar ayat yang sama. Along Izz dan angah Izz pula memang selalu sangat mengacau adik Izz mereka. Maklumlah apabila mereka seharian ke sekolah dan taska, bila pulang tentulah mereka rindukan adik mereka. Mama Izz agak garang semenjak adik Izz balik rumah. Aku harap along Izz dan angah Izz juga fahami keadaan ini. 

Mama Izz begini demi kesihatan dan keselamatan adik Izz. Mama Izz risau SANGAT jika apa-apa berlaku kepada adik Izz. Adik Izz agak sensitif dengan keadaan persekitaran. Mama Izz risaukan berlakunya jangkitan kepada adik Izz. Aku tahu mama Izz sudah serik untuk adik Izz masuk ke wad dan terpaksa menjalani pembedahan. Sebab itulah mama Izz agak protective dengan perkara berkaitan adik Izz. Jangan katakan along Izz dan angah Izz sahaja kena marah, kadang-kadang aku pun kena 'sound' juga jika ada kesilapan yang aku lakukan. 

Panjangkan usia mereka ini, biarlah mereka bersama, berbaik selamanya. Mudah-mudahan

Kalau hari bekerja, mama Izz memang pantang jika baru balik kerja dan sampai ke rumah terus hendak pegang adik Izz. Apa-apa sebelum bertemu adik Izz, KENA PERGI MANDI DAHULU. Kalau tidak, tengok sahajalah dari jauh. Begitu caringnya mama Izz kepada adik Izz yang istimewa ini. Aku, along Izz dan angah Izz memang sudah fasih sangatlah dengan perangai mama Izz ini. Jadi kami memang tidak pernah ambil hati pun. 

Sebabnya apabila selesai urusan berkaitan adik Izz, kami pun mendapat layanan yang sama daripada mama Izz. "abang nak minum apa?", "along, angah, nak minum susu tak?", "macamana sekolah hari ini?", "anak-anak mama sihat?", "malam ini semua nak makan apa?".

Alhamdulillah!

4 comments:

  1. mama marah bersebab.......InsyaAllah,kita sama2 doa adik Izz pulih sepenuhnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah. Kami pun faham kenama mama Izz marah-marah. Marah-marah sayang gitu. hehehe

      Delete
  2. Assalam papa izz,
    sob3
    hati iols berbunga2
    macam dapat rasa kegembiraan mama izz
    dapat melayan suami dan kesemua anak di rumah sendiri
    sob3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,
      Alhamdulillah bila dapat berkumpul semuanya.
      Moga dikekalkan begini hendakNya, Inshaa Allah

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my