Post Top Ad

HOME TPN PROGRAMME WITH AND WITHOUT TPN

Assalammualaikum . . .

Petang semalam sengaja datang awal ke wad menjenguk keadaan adik Izz sementara menunggu along Izz balik sekolah jam 4.45 PM. Alhamdulillah, sepanjang aku berada disana, adik Izz sudah tidak muntah-muntah. Namun batuk dan selsema meleleh tu masih ada lagi. 

Bila mama Izz buat dressing, adik Izz diam sahaja pasrah!

Yang penting aku lihat adik Izz gembira dan aktif bermain. Seperti biasalah apabila petang para doktor dan pakar akan membuat lawatan pemeriksaan kepada setiap pesakit di wad. Bila tiba turn adik Izz, doktor cuma beritahu, "weekend sudah boleh balik ye. Nutrisi Parenteral (TPN) tu beri hari Isnin hingga Jumaat je dan OFF Sabtu dan Ahad. Sebabnya dia ok kan bila Off 2 hari?"

Tahu tak berapa lama tunggu nak dengar doktor kata sudah boleh balik tu? Seingat aku, kali terakhir adik Izz di rumah untuk Home TPN Programme adalah pada tanggal 22 OGOS 2014. Alhamdulillah. Gembira dengar perkhabaran adik izz boleh pulang. 

Yang utama kena jaga betul-betul adalah tiub didada kirinya itu. Tiub CVL

So, bolehlah aku simpulkan untuk Home TPN Programme kali ini, adik Izz :

1. Diberi Nutrisi Parenteral (TPN) melalui tiub Central Venous Line (CVL) selama 12 jam sehari selama 5 hari seminggu menggunakan mesin 'Infusion Pump'.

2. Diberi susu Mamex Pepti Gold melalui tiub suapan (feeding tube) Gastro sebanyak 75ML selama 3 jam 6 kali sehari menggunakan mesin 'Syringe Pump'.

3. Dressing tiub Central Venous Line (CVL) dilakukan sekali sehari pada setiap hari.

4. Dressing tiub suapan (feeding tube) Gastro dilakukan sekurang-kurangnya sekali atau lebih setiap hari bergantung kepada keadaan.


2 comments:

  1. Assalam papa izz,
    iols memang suka betoi la tengok mata adik izz :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,
      Kalau dia buat daring, lagi semacam matanya. hehehe..

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!