HILANGNYA SEORANG RAKAN. AL-FATIHAH BUATNYA

Assalammualaikum . . .

Selama adik Izz di wad, ada 4 bayi atau kanak-kanak yang seangkatan dengan adik Izz yang aku kenali namun atas sebab-sebab yang berbeza. Mereka juga merupakan pesakit Short Bowel Syndrome (SBS), dimana adik Izz merupakan SBS terpendek diantara mereka. 

Ada antara mereka yang ususnya tidak boleh serap langsung nutrisi makanan, manakala ada juga yang bermasalah pada usus besar even ada yang ususnya serap sebahagian dan tidak serap sebahagian. Mereka agak rapat dan tempoh duduk di wad juga agak lama seperti adik Izz. 

Mama Izz menggelar mereka sebagai 'anak-anak TPN'. Anak-anak TPN (Nutrisi Parenteral) menggunakan nutrisi yang diberi secara direct ke salur darah utama melalui tiub Central Venous Line (CVL). Antara yang aku kenali adalah adik Harith (3 tahun), adik Firash (2 tahun), adik Amsyar (1 tahun) dan adik Hasif (7 tahun). Masing-masing dikatakan bakal "TPN seumur hidup". 

Adik Izz bersama dengan adik Harith Daniel. Mereka kerap bermain bersama.

Masing-masing masih di wad sehingga kini kecuali adik Hasif yang kini di rumah kerana bersekolah dan tahap kesihatannya agak baik dengan Nutrisi Parenteral (TPN) diberi secara selang seli.

adik Firash Iman kini diletakkan dihadapan katil adik Izz.
 
Dan petang semalam keadaan agak suram dengan tangisan dan kesedihan. Berita pemergian adik Amsyar menggemparkan semua. Memang diketahui sejak 2 bulan lalu adik Amsyar dimasukkan ke ICU, namun tidak menyangka yang keadaan agak tenat. 

Inilah gambar adik Amsyar yang pernah berjiran dengan adik Izz agak lama. Alfatihah buat arwah.

Dikatakan punca asalnya adalah jangkitan (infection) pada Central Venous Line (CVL) sehingga merebak ke bahagian organ yang lain. Allahuakbar. Aku turut bersedih dengan pemergian adik Amsyar. 

Adik Amsyar dimasukkan ke wad KK4 sejak Julai 2014 lagi dan kebetulan berjiran dengan adik Izz. Aku doakan agar keluarga adik Amsyar tabah dalam menghadapi ujian ini. Salam takziah buat keluarga arwah adik Amsyar. 

Al-Fatihah!

Sebab itulah mama Izz agak teliti dan takut dengan hal-hal berkaitan dengan CVL adik Izz.

7 comments:

  1. T_______________________________________T
    Salam takziah..moga keluarga adik Amsyar diberi kekuatan. adik Amsyar tunggu mereka di syurga In shaa Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arwah merupakan anak ke5 dari 5 beradik dan diatasnya kesemuanya adalah abang-abang. Allah lebih sayangkannya.

      Delete
  2. Takziah dan Al-Fatihah, sedihnya baca... Firash Iman tu terbalik namanya dengan anak saya, Iman Firash... hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Firash Iman yang setia menemani adik Izz kini. Anak-anak TPN memang akan ditahan lama di wad.

      Delete
  3. Assalam papa izz,
    AlFatihah
    Allahuakbar
    tak terkata dah
    suci betul wajah2 anak2 ini
    moga adik izz diberikan kesihan & kesembuhan AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,
      saya pun turut terkejut dengan pemergian adik Amsyar.
      Inshaa Allah syurga buatnya.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my