Post Top Ad

HANYA KEAJAIBAN TUHAN YANG DAPAT MEMBANTUNYA

Assalammualaikum . . .

Bila tatap wajah adik Izz, kadang-kadang terbit rasa gembira dan rasa sedih. Rasanya sudah dilakukan segala ujian bagi menyembuhkan penyakit adik Izz. Semuanya demi kelangsungan hidup adik Izz di muka bumi Allah ini. Cuma tinggal 1 sahaja lagi ujian buat adik Izz iaitu PEMBEDAHAN MEMANJANGKAN USUS (Bowel Lenghten). Ujian ini belum boleh dijalankan kerana usus kecil adik Izz belum mengembang lagi ke tahap yang sepatutnya. Menurut pakar, mungkin selepas 2 atau 3 TAHUN lagi baru akan dijalankan pembedahan berkenaan.

Dengan TPN, berat badan adik Izz dapat dikekalkan selain membantu tumbesarannya.
Sememangnya pesakit SBS akan berhadapan dengan isu berat badan selain isu nutrisi.
 
Cuma sekarang teruskan dengan pemberian Nutrisi Parenteral (TPN) dan pemberian susu melalui tiub suapan Gastrostomy. Yang penting kini adalah menjaga tiub Central Venous Line (CVL) dan feeding tube Gastro supaya berada dalam keadaan yang baik. Mengelakkan kedua-dua tiub berkenaan daripada jangkitan (infection) kerana sedikit kesilapan bakal mengundang padah kepada adik Izz. Walaupun sukar, ini semua perlu diteruskan. 

Jangan terlalu difikirkan berapa lama adik Izz akan begini? Berapa lama adik Izz akan menghabiskan hari-harinya dirumah sahaja? Cuma fikirkan dan doakan sahaja kesembuhan adik Izz. Pakar pernah berkata dimana 'hanya keajaiban Tuhan yang dapat membantu adik Izz'. Untuk mendapatkan keajaiban berkenaan, janganlah kami berputus asa dan berhenti usaha ditengah jalan.

Inilah peneman setia dan penghibur adik Izz apabila Nutrisi Parenteral (TPN) sudah dipasang.
Adik Izz memang tidak boleh kemana-mana pabila tubing sudah tersambung.
 
Untuk itu, kami sangat perlukan sokongan daripada semua pihak. Alhamdulillah sehingga kini, kami mendapat sokongan daripada semua. Kata-kata semangat, dorongan dan bantuan yang kami terima benar-benar memberikan kami kekuatan untuk berusaha lebih lagi. Tidak kurang juga ada yang memberikan cadangan perubatan alternatif kepada kami. Mana yang terbaik, semuanya kami lakukan demi anak tercinta adik Izz. 

Inshaa Allah ada sinar buat adik Izz cuma belum sampai masanya sahaja lagi. Apa yang penting, 

"Janganlah bersedih, bersabarlah dan tersenyumlah".

8 comments:

  1. insyaallah.. ramai yang akan mendoakan adik izz.. ayah izz kena selalu update story perkembangan ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah, saya cuba terbaik untuk update perkembangan adik Izz samada melalui blog, page or fb. Terima kasih dengan sokongan dan keprihatinan yang diberi.

      Delete
  2. sabarlah papa Izz, ada hikmah disebalik kejadian ini.. saya sendiri sentiasa mengikuti perkembangan adik Izz..

    dia anak yang kuat kerana punyai papa dan mama yang tabah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah. Kami akan kerah kudrat yang ada demi kesembuhan adik Izz. Terima kasih kerna beri sokongan.

      Delete
  3. sabar ye mama n papa Izz.. selain doakn kesembuhan adik Izz saya turut doakan kesihatan mama n papa Izz, supaya terus sihat dan cergas untuk jada adik Izz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah. Alhamdulillah sepanjang menjaga adik Izz, Allah kurniakan kesihatan kepada kami terutamanya kepada along Izz dan angah Izz. Sekurang2nya mama Izz tidak perlu menambah kerisauannya. Tumpuan hanya pada adik Izz sekarang ini at least sehingga dia faham dan boleh menjaga diri. Mudah-mudahan!

      terima kasih

      Delete
  4. Assalam papa izz,
    semoga uols sefamilia terus kuat & tabah demi adik izz
    YaAllah permudahkanlah segala urusan adik izz AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,
      Aaminnn... Terima kasih beri sokongan kepada kami.

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!