Post Top Ad

DISCHARGE AKHIRNYA, ALHAMDULILLAH.

Assalammualaikum . . .

Terlebih dahulu aku ingin ucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya lah adik Izz akhirnya dapat discharge. Mengikut kepada keadaan semasanya, kesihatan adik Izz agak baik memungkinkan pakar memberikan kebenaran untuk adik Izz discharge. Alhamdulillah! 

Senyap sahaja adik Izz apabila dibawa keluar dari wad menuju ke kereta. Mungkin belum biasa.

Mama Izz merupakan orang yang paling gembira dengan kepulangan adik Izz ini. Walaupun adik Izz agak sedikit terkejut pada mulanya, maklumlah kerana sudah terlalu lama di wad, namun lama kelamaan adik Izz sudah seperti biasa dengan keletah dan keaktifannya. 

Hanya aku yang datang menjemput mama Izz dan adik Izz dari wad. Opah Izz, atok Izz, along Izz dan angah Izz menanti kepulangan adik Izz di rumah. Adik Izz akan meneruskan rutinnya di wad di rumah pula di bawah Program Home TPN (Nutrisi Parenteral). 

Adik Izz sedikit demam, namun pakar tidak menghalang kepulangan adik Izz. Alhamdulillah

Untuk permulaan, adik Izz akan ke wad seminggu sekali untuk diambil darahnya dan ditimbang beratnya. Moga-moga kepulangan adik Izz ini akan diteruskan dengan kesembuhannya. Mohon rakan-rakan tidak putus mendoakan adik Izz. 

TERIMA KASIH tidak terhingga kepada semua yang selama ini memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kami sekeluarga dan adik Izz khasnya. Inshaa Allah aku akan update keadaan adik Izz dari masa ke semasa. 

Syukur tidak terkata. Alhamdulillah.

4 comments:

  1. syukur Alhamdulillah semoga adik Izz terus sihat sepenuhnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Alhamdulillah. Kami pun berharap begitu juga.

      Terima kasih

      Delete
  2. Assalam papa izz,
    mesti berbunga2 hati mama izz kan3
    iols emo kejap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,
      Berbunga2 sampaikan tidur malam tak lena.
      esoknya mengantuk di pejabat.

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!