DAFTAR MASUK SEMULA KE WAD

Assalammualaikum . . .

Kehangatan kegembiraan baru sahaja dirasai, namun ada sahaja ujian dariNya. Ujian yang menguji lagi tahap kesabaran kami menghadapinya. Kami redha dengan perancanganNya ini. 3 hari adik Izz berada dirumah, bermain bersama-sama along Izz dan angah Izz, gelak tawa mereka benar-benar menghilangkan lelah yang ditanggung selama ini. 

Dugaan buatnya juga dugaan buat kami. Sama-samalah hadapinya.

Namun apabila mendapat panggilan dari opah Izz mengatakan yang tiub suapan (Gastrostomy) adik Izz mengalami pendarahan, pendarahan yang tidak berhenti-henti walaupun beberapa kali sudah dilapkan dengan cotton balls dan dilapikkan dengan gauze. Mulalah mama Izz rasa panik. Adik Izz pula tidak henti-henti menangis. 

Mama Izz terus menelefon aku untuk balik dan bawa adik Izz ke HKL. Segera aku pergi menjemput mama Izz dan bawanya pulang. Aku juga turut merasa panik kerana aku belum dapat bayangkan bagaimana situasi sebenar pendarahan itu. Sesampai di rumah, aku lihat wajah adik Izz tidak langsung menunjukkan tanda-tanda lemah atau kesakitan. Tapi, aku lihat memang ada kesan darah pada gauze yang melapik button tiub suapan (Gastrostomy) adik Izz. 

Teruslah kami bawa adik Izz ke Institut Pediatrik HKL. Adik Izz terus admit wad untuk tujuan observation dan kenalpasti punca. Alhamdulillah, ianya tidak berapa serius. Menurut doktor, ia disebabkan tisu disekeliling tiub suapan berkenaan. Berapa lama adik Izz akan ditahan masih belum diberitahu. Mungkin tunggu sehingga ianya kering dan baik dahulu. Tidak mengapalah, hadapilah ianya dengan tabah. 

Inshaa Allah.

2 comments:

  1. Assalam papa izz,
    he3
    bertingkek3 tupperware adik izz naaaaaaaaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,
      tu sume tupperware nak isi kelengkapan Gastrostomy adik Izz

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my