Post Top Ad

BAWA BALIK WAD KE RUMAH (HOME TPN)

Assalammualaikum . . .

Tiada yang lebih menggembirakan daripada menerima berita kepulangan anakanda tercinta. Alhamdulillah admit wad kali ini tidak lama walaupun selepas menjalani pembedahan, adik Izz dibenarkan pulang awal. Itulah yang aku harap-harapkan. Syukur.


Adik Izz lebih suka keluar dari bilik daripada memerap. Bukan tidak beri keluar, tapi...

Bukanlah kepulangan yang kosong, sebaliknya pulang dengan membawa rutin di wad dan diteruskan dirumah. Namun ini lebih baik sebenarnya kerana adik Izz berada dirumah. Adik Izz masih akan menerima Nutrisi Parenteral (TPN) selama 12 jam dirumah setiap hari Isnin hingga Jumaat. Manakala pada setiap hari Sabtu dan Ahad merupakan 'rest time' untuk adik Izz disamping sebagai ujian buatnya iaitu OFF TPN 2 hari. 

Apabila adik Izz tidak mendapat Nutrisi Parenteral (TPN), kami akan lakukan ujian darah sendiri untuk melihat kandungan gula dalam darahnya. Pakar sudah berpesan andai adik Izz Hypo, cuma terus bawanya ke wad KK4 sahaja tanpa ke Unit Kecemasan HKL. 


Setiap kali On TPN dan dressing, mulalah dia kebosanan. Sorrylah, papa ngan mama tak boleh buat laju-laju.

Alhamdulillah sepanjang 2 hari adik Izz dirumah Sabtu dan Ahad lepas, dia tidak Hypo walaupun kandungan gula dalam darahnya menunjukkan sedikit penurunan. Pemberian susu melalui tiub suapan Gastro juga banyak membantu adik Izz mengekalkan kandungan gulanya. Kami masih mengikut jadual yang ditetapkan pakar iaitu beri susu melalui tiub suapan gastro selama 3 jam dan selang 1 jam sebelum meneruskan dengan sesi lain pemberian susu.

Adik Izz tetap aktif, namun kami masih pantau keadaannya dari masa ke semasa. Pendedahan kepada keadaan luar sebolehnya kami elakkan. Habiskan masanya di dalam bilik khasnya dengan sesekali keluar ke ruang tamu untuk bersama-sama along Izz dan angah Izz walau untuk seketika. Aku limitkan dalam 10 minit setiap kali adik izz keluar dari biliknya memandangkan tahap kebersihan diluar agak kurang berbanding bilik khasnya itu. 


Bab dressing, aku hanya akan buka dan keluarkan semua barang. Then, mama akan On pasang semua

Nutrisi Parenteral (TPN) diteruskan dimana semua kerja-kerja penyediaan dan dressing adik Izz akan dilakukan sendiri oleh aku dan mama Izz. Bekalan Nutrisi Parenteral (TPN) pula akan diberi pihak hospital selang 2 hari dimana aku akan ambil di wad KK4 pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Semoga Allah permudahkan urusan kami ini. Yang utamanya adik Izz sembuh dan kami dapat mengurangkan faktor risiko jangkitan. 

Inshaa Allah.

6 comments:

  1. Assalam papa izz,
    alolooooo
    termenung adik izz menunggu yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Itulah, adik Izz terpaksa menunggu sedikit lama. Maklumlah papa dan mama yang buat. Kenalah berhati2 sedikit. Ambil masa membiasakan diri.

      Delete
  2. bila dah dapat balik ke rumah, ada sedikit kelegaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang melegakan. Paling lega tentulah opah Izz. Kasihan dengannya! Syukur dengan kepulangan adik Izz. Harap biarlah lama pulangnya kali ini. Moga makin lama keadaan adik Izz makin baik

      Delete
  3. alahai Izz good boy yer..walaupun boring tak pula meragam..dah biasa ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah biasa sebabnya hari-hari On TPN sejak Disember 2013...

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!