ADIK IZZ MUNTAH-MUNTAH TERUK PADA UJIAN 3

Selepas UJIAN 2 iaitu Off Nutrisi Parenteral (TPN) selama 2 hari, yang mana keputusannya agak kurang berjaya kerana adik Izz alami gejala Hypoglicemia (gula kurang dalam darah), aku ingatkan tiadalah lagi ujian lain selepas itu. Mungkin boleh diterimapakai keputusan Ujian 1 dan Ujian 2. Rupa-rupanya tidak, ada lagi ujian buat adik Izz iaitu UJIAN 3. Kita berusaha, manalah tahukan keputusan ujian 3 berlainan daripada ujian-ujian sebelumnya. Mudah-mudahan!

Tak dapat TPN mulalah adik Izz bad mood!

Sama juga dengan UJIAN 1 dan UJIAN 2, adik Izz tidak akan diberi Nutrisi Parenteral (TPN) selama 2 hari dan adik Izz akan bergantung kepada samada makanan dan minuman yang diberi melalui mulutnya ataupun susu yang diberi melalui tiub Gastrostomy nya. 

Jelas kepenatan diwajah mama Izz. Kuatkan semangatmu wahai mama Izz

Biasanya adik Izz akan alami Hypo dan lemah pada hari ke-2, namun pada UJIAN 3 kali ini adik Izz telah muntah-muntah teruk pada hari pertama lagi. Bila diperiksa kandungan gula dalam darahnya, ia menunjukkan bacaan normal. Disebabkan keadaan adik Izz yang muntah teruk itu, adik Izz terpaksa di'drip' HSD10 bagi mengelakkannya dehydrate. 

Macam biasa, bila adik Izz dapat drip ataupun dapat Nutrisi Parenteral (TPN), adik Izz akan kembali segar. Emmm, rasanya UJIAN 3 juga membuahkan hasil yang kurang positifnya. 

Apa boleh buat? Mungkin belum sampai masa adik Izz untuk berhenti Nutrisi Parenteral (TPN) walaupun sehari.

Bersabarlah.


2 comments:

  1. Assalam papa izz,
    semoga adik izz terus kuat
    AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,
      AMIN.. Mudah2an dimakbulkan doa puan. Inshaa Allah

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my