TENGOK HOT AIR BALLOON PUTRAJAYA DARI KEJAUHAN

Assalammualaikum . . .


Semalam merupakan hari terakhir pesta belon panas Putrajaya. Aku pun ambillah peluang untuk bawak along Izz dan angah Izz ke sana. Namun, aku terpaksa batalkan hasrat petang semalam kerana jalan menuju ke sana amatlah sesak ya amat. Nak melepaskan 1 traffic light pun susah. 

Nampakkan belon udara panas dibelakang mereka itu? Jadilah kan daripada tak dapat tengok langsung.

Bila sudah addicted to Ultraman, memang semua gaya mereka akan ada versi Ultraman

Sudahnya aku ambil keputusan bawa anak-anak ke Friendship Garden. Dari situ nampak jugalah belon panas yang sedang di udara itu. Dapatlah juga anak-anak menyaksikannya walaupun dari jauh. 

Tapi ye lah, sekejap saja aku disana, selebihnya aku bawa mereka ke tempat favourite mereka iaitu taman permainan berhampiran PICC dan Empangan Putrajaya itu. Di sana, aku beri mereka kebebasan untuk bermain dan melepaskan segala tekanan. 

Celup, angkat, jadi belon dan kemudian kejar belon sampai pecah.


Kali pertama mereka dapat main bubble yang besar. Selalunya yang kecil-kecil tiup guna mulut tu.

Aku seperti biasa hanya memerhatikan dari jauh sahaja. Tidaklah mahu mengganggu mereka dan kanak-kanak lain bermain. Biar mereka enjoy disana. Apa yang mereka lakukan, tiada halangan daripada aku. 

Berlari tidak henti-henti. Langsung tidak nampak kepenatan.

Angah Izz lebih suka melakukannya dalam keadaan tenang dan bersantai. Mungkin dia lebih suka menikmatinya.

Paling mereka gemari adalah bermain 'bubble'. Sebelum ini kedatangan aku dan anak-anak ke sana tiadalah pula. Cuma baru-baru ini sahaja yang ada. Lebih meriah keadaan disana bila ada permainan baharu buat mereka. Murah juga untuk permainan ini, hanya RM5 sebekas sehingga habis air sabun. Lama hendak habiskannya. 

Along Izz sudah pancit but angah Izz masih maintain senyum. Itulah tadi lupa dunia. Hahaha

Okeylah bila anak-anak gembira, aku pun turut merasa gembira walaupun mama Izz sedikit bersedih apabila aku whatsapp gambar along Izz dan angah Izz bermain di taman. Mana tidaknya, hati mama Izz kerap memikirkan keadaan adik Izz. Bersabarlah mama Izz. Inshaa Allah suatu masa kita akan pergi sama-sama dan bergembira bersama-sama ye. 

Mudah-mudahan.

2 comments:

  1. tak berkesempatan pun untuk pergi...sebab sibuk dengan urusan lain, In Shaa Allah, sekiranya ada rezeki tahun hadapan hendak juga melangkah ke pesta ni...

    ReplyDelete
  2. Takpe, hot air balloon nih sudah jadi acara tahunan. Inshaa Allah akan ada lagi tahun hadapan. Nasihat? Datang hari pertama / kedua atau datang awal. Jangan pergi last day, sebabnya? emmmmm...takkanlah nak menapak dari tempat letak kenderaan 2KM?

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my