SERONOK JUGA WET WORLD SHAH ALAM

Cuti sekolah sampai ke penghujungnya. Anak-anak dah macam cacing kepanasan tinggal di rumah. Iyalah, anak-anak yang cuti tetapi ibubapa masih bekerja. Sebab anak-anak dah macam cacing kepanasan, aku pun bawaklah ke tempat yang boleh meredakan 'kepanasan' anak-anak. 

Kemana-mana, gaya Ultraman tidak pernah dilupakan. Sampai didepan, mereka tidak sabar nak masuk.

Plan dengan adik aku yang tinggal di PJ itu sekali dengan mak aku dan adik-adik yang lain, kami decide pergi ke Wet World Shah Alam. Sebenarnya aku tidak pernah pergi ke sana, cuma lalu sahaja. Adalah juga singgah itupun sebab ingin ke akuarium disebelahnya. Tapi sekarang akuarium tu sudah tiada. Sejak berapa lama tiada, aku tidak tahu. 

Tempat berasaskan taman air ni aku rasa memang sesuai sangat untuk bawa anak-anak. Keselamatan lebih terjamin dan semuanya ada dalam satu tempat. Cuma ialah semuanya kena beli di dalam dan harganya agak mahal. Kali terakhir aku lihat harga untuk masuk adalah RM9. Dan kelmarin harganya sudah RM20. 

Harga pula bergantung kepada ketinggian. Dan anak-anak aku masing-masing dibawah 130CM, mereka dikenakan harga RM16. Dewasa? Mestilah harga maksima iaitu RM20. 

Sebelum masuk masing-masing ukur ketinggian dahulu. Baik anak-anak mahupun anak buah, masing-masing bawah 130CM

Angah Izz paling kecil dalam rombingan cik Zah kali ini. 

Jimat untuk tiket kerana adik aku yang support semuanya. Terima kasih. Aku pergi dengan mak aku, adik aku 3 orang, adik ipar sorang, along Izz, angah Izz dan anak buah aku 2 orang. 

Besar juga Wet World ini, sebabnya dari luar nampak macam kecil sahaja. Ada banyak kolam permainan di dalamnya dan anak-anak aku cuma bermain di 3 kolam sahaja. Itupun yang depan-depan sahaja memudahkan aku memantau mereka. Aku tidak join mandi bersama mereka sebabnya family aku yang lain boleh pantau along Izz dan angah Izz. Aku cuma lepak dalam Cabana (pondok kecil) sahaja.

Tak sempat apa-apa, masuk dalam mereka terus lari dan terjun ke dalam kolam.

Ini port kegemaran along Izz dan angah Izz. Iaitu menggelongsor. Along Izz gelongsor tiarap di sini.

Turun, naik, turun semula, naik, tapi tak penat-penat.

Yang susahnya bila bawa along Izz dan angah Izz ke tempat berasaskan air ini adalah mereka tidak tahu berhenti bermain. Hampir 4 jam aku disana, mereka masih bertenaga dan tidak puas-puas bermain. 

Nenek Izz menjadi bodyguard along Izz sepanjang disini. Kemana along Izz pergi, nenek Izz akan ikut.

Angah Izz satu masa surrender jugalah sebab kepenatan dan kelaparan, tetapi si gemuk along Izz itu langsung tidak mengalah. Diajak balik, memang tidak mahunya. Akhirnya, kene guna kegarangan dan sedikit kekerasan barulah dia mengalah untuk pulang. Itupun muka mencebik marahkan aku. Hahaha. Macam mama Izz juga suka mencebik.

Kelaparan. Biasalah, masa bermain tidak ingat dunia. Bila naik, "papa, angah lapar". "Papa, along lapar".
Cabana ni sewanya RM80 sepanjang berada di sana. Boleh tahan mahal harganya.

Apapun, suka melihat mereka gembira. 

Sedikit rujukan bayaran untuk masuk.
Ini cerita, hari Sabtu yang punya.

9 comments:

  1. wahhh menarik ni, bukannya jauh...bolehlah fikir-fikirkan bawa anak bujang seorang tu...

    ReplyDelete
  2. Itulah. Adik saya selalu ajak pergi, but selalu saya tolak. Ingatkan biasa2 je. But memang best!. Bajet pun tidak besar sangat berbanding taman tema air yang lain.

    ReplyDelete
  3. Pernah g zaman teruna dulu... lama dah x g...

    ReplyDelete
  4. Hahaha marqis. pergilah lagi. dekat pon ye! menarik tempat ni rupanya berbanding apa yang aku bayangkan.

    ReplyDelete
  5. Assalam papa izz,
    semua puuuuuluuuun berendam nooooooooooooo he3

    ReplyDelete
  6. Wassalam,
    papa Izz je x berendam

    ReplyDelete
  7. sepertinya menarik, jalan2 bersama keluarga tercinta.

    ReplyDelete
  8. Hi, my name is Yana and I'm contacting you from EJC Communications. We would like to invite you to a splashing new event happening very soon and would like to request you for your contact details such as your email address. Please contact me at admin@ejccom.com with your details. Thank you.

    ReplyDelete
  9. Hi, my name is Amirul and I'm contacting you from Wet World Shah Alam. We would like to invite you to our carnival happening very soon and would like to request you for your contact details such as your email address. Please contact me at amirulasyafi@owg.com.my with your details. Thank you.

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my