PEMBEDAHAN SIRI KE 12 | CVL INSERTION 7 | LAPAROTOMY | GASTROSTOMY

Assalammualaikum . . .


Hari ini adalah hari pembedahan adik Izz. Dia sudah pun mula berpuasa. Kali terakhir diberi minum susu adalah pada jam 5:00 AM dan kali terakhir diberi minum air masak pula pada jam 9:00 AM. 

Cuba segala kaedah demi kesembuhannya. Diklasifikasikan as a 'rare and medically complex'. Inshaa Allah

Adik Izz merupakan orang kedua yang kan menjalani pembedahan hari ini. Mungkin dalam jam 12:00 PM Inshaa Allah. Pembedahan hari ini dilakukan sendiri oleh pakar yang pernah membedah adik Izz pada sesi pembedahan ke-2, ke-3 dan ke-4 yang lalu. 

Aku cuma berharap sangat-sangat yang pembedahan kali ini berjalan lancar. Semoga apa yang telah dirancang ini merupakan jalan kesembuhan buat adik Izz selepas ini. Mama Izz bercuti pada hari ini semata-mata ingin menemani adik Izz. Aku pula uruskan along Izz dan angah Izz. 

Cuma janganlah mama Izz terlalu bersedih ye. Inshaa Allah, Tuhan akan membantu kita berkat doa-doa yang semua panjatkan. Ramai yang menyayangi adik Izz yang tak putus-putus mendoakan kesembuhan dan kesejahteraannya. 

Mudah-mudahan.


5 jam adik Izz dalam dewan bedah. Alhamdulillah segalanya lancar.


2 comments:

  1. Assalam papa izz,
    jangan putus up entry adik iss yer
    Allahurabbi
    kuat sungguh aik izz

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my