SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN ANAKKU

Assalammualaikum . . .

Usia adik Izz genap 2 TAHUN pada hari ini. Dan kali kedua jugalah adik Izz menyambut hari lahirnya di wad. Mungkin adik Izz belum faham lagi, tapi aku tetap sedih dengan keadaannya ini. Bukan sebab penyakitnya tetapi kehidupannya yang kurang normal berbanding seusianya. 

Semoga kegembiraan yang kamu perolehi berpanjangan hendakNya.

Mana tidaknya, sudah lama adik Izz di wad. Segala-galanya di wad. Sepatutnya pada usia begini, adik Izz sudah bisa bermain-main di taman bersama-sama abang-abangnya. Berjalan ke sana sini melihat keindahan dunia. Namun, adik Izz tidak boleh semua itu. 

Jika pun dibenarkan balik rumah, hanyalah rumah tempatnya, itupun akan menghabiskan kebanyakan masanya di dalam bilik sahaja. Adik Izz mudah dijangkiti andai ke tempat ramai orang dan ke tempat yang tidak dipastikan tahap kebersihannya. 

Kamu semua amat istimewa dihati ini. Semoga kita kekal bersama.

Jadi hidupnya buat masa sekarang hanyalah wad, dalam kereta dan di rumah. Even ingin gunting rambut sekalipun tidak dibenarkan keluar. Aduhai. Hanya kesembuhan yang dapat mengembalikan kehidupan normal kepada adik Izz. 

Sempena ulangtahun kelahiran kedua adik Izz ini, aku cuma dapat mendoakan agar adik Izz dipanjangkan umur olehNya, diberikan kesihatan olehNya dan diberikan kekuatan olehNya. Moga hari mendatang menjanjikan sinar baru buat adik Izz. 

Sihatlah anakku. Sihatlah. 

Apapun cabaran yang adik Izz bakal tempuhi, Inshaa Allah aku akan bersamanya menempuhinya. Adik Izz amat istimewa kepada aku dan ahli keluarga yang lain. Apa yang aku harapkan, andai ada tangisan lagi selepas ini biarlah ianya tangisan kesyukuran dan kegembiraan. Inshaa Allah. 

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU.

6 comments:

  1. slmt hari lahir adik Izz..rupanya Izz sebaya anak sy... anak sy 1/4/2013 ... esok genap 2tahun...

    ReplyDelete
  2. slmt hari lahir adik Izz..rupanya Izz sebaya anak sy... anak sy 1/4/2013 ... esok genap 2tahun...

    ReplyDelete
  3. Dekat-dekat saja tu. Itupun adik Izz overdue seminggu. Happy birthday in advance buat anak puan mila

    ReplyDelete
  4. Assalam papa izz,
    AMIN
    insyaAllah semuanya akan baik2 saja
    Moga segala yang diimpikan tercapai
    Happy birthday adik izz
    moga Allah sentiasa merahmati & melidungi anak syurga ini AMIN
    LOVE you adik izz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... On behalf adik Izz, terima kasih for the wishes. Moga doa kita dimakbulkan olehNya

      Delete
    2. Amin... On behalf adik Izz, terima kasih for the wishes. Moga doa kita dimakbulkan olehNya

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my