SEDIKIT MENGEJUTKAN, YANG PENTING SELAMAT

Assalammualaikum . . .

Adik Izz masih dalam pemulihan kesan pembedahan. Feeding tube dalam pembedahan Gastrostomy belum diuji lagi kemungkinan pada hari Isnin ini. Sekarang ini tiub berkenaan digunakan sebagai drainage sahaja. 

Inshaa Allah, adik Izz akan pulih. Bersabarlah ye!....

Memandangkan adik Izz nampak sedikit membengkak, HSD5 yang diberi melalui tiub Central Venous Line (CVL) telah dihentikan dan digantikan dengan Nutrisi Parenteral (TPN) 24 jam. Manakala tiub kencing adik Izz juga telah ditanggalkan. Alhamdulillah. 

Aku nak bercerita sedikit berkenaan pembedahan Laparotomy adik Izz. Penemuan pada pembedahan Laparotomy agak sedikit mengejutkan pakar. Adik Izz sebelum pembedahan pernah jalani ujian Contrast dimana keputusan ujian berkenaan menunjukkan yang usus adik Izz memanjang. 

Tetapi pada pembedahan kali ini, usus yang memanjang berkenaan adalah usus besar dimana usus kecil adik Izz tiada pertambahan panjang cuma ada sekidit berkembang. Usus kecil adik Izz yang berkembang masih belum sampai ke tahap membolehkan kaedah Bowel-Lenghten dijalankan. 

Kata pakar, mungkin kena tunggu 2-3 tahun lagi untuk next surgery. Tak apalah, mungkin bukan rezeki adik Izz lagi untuk usus kecilnya memanjang. Yang penting adik Izz selamat menjalani pembedahan besar ini. 

Apapun, usaha dan doa perlu diteruskan. Inshaa Allah akan ada keajaiban buat adik Izz. Mudah-mudahan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my