PATUTLAH TERGERAK HATI NAK BAWA MEREKA MASUK

Assalammualaikum . . .


Sama, tidak berubah apa-apa langsung pun. Aku akan ambil angah Izz dari taska jam 4.15PM, punch out jam 4.30PM, jemput along Izz dari sekolah jam 4.45PM dan seterusnya jemput mama Izz dari pejabat jam 5.00PM. Kemudian aku akan terus ke Institut Pediatrik HKL untuk jemput opah Izz sekitar jam 5.30PM kerana tiba masa mama Izz take over jaga adik Izz di wad. Memang begitulah hari-hari berlalu dengan rutin yang sama. 

Seronok kan melihatnya? Aku pun amatlah bahagia rasa masa itu.

Namun, petang semalam tergerak hati untuk bawa along Izz dan angah Izz menjenguk adik Izz di wad. Iyalah, selalunya samada Sabtu atau Ahad barulah aku bawa mereka berjumpa dengan adik Izz. Mungkin Tuhan ingin beri peluang kepada Izz bertiga bermain bersama-sama, semalam aku masuk wad adik Izz masih belum ON Nutrisi Parenteral (TPN). Dan waktu itu adik Izz sedang berjalan-jalan sekitar wad.

Along Izz dan angah Izz akan ikut kemana saha adik Izz pergi.

Dan adik Izz juga akan cuba ikut apa yang along Izz dan angah Izz lakukan
Betapa gembiranya adik Izz dari kejauhan lagi apabila nampak kedatangan along Izz dan angah Izz. Berlari-lari mendapatkan abang-abangnya. Allahuakbar. Along Izz dan angah Izz juga gembira melihat adiknya berjalan-jalan. Aku lihat mereka bermain berkejaran berjalan-jalan bergurau senda. 

Seronoknya rasa. Hilang penat aku waktu itu. Alhamdulillah, peluang yang diberikanNya untuk anak-anak bermain. Walaupun singkat, mereka sangatlah gembira malah aku sendiri tersenyum melihatnya.

Bukan senang melihat mereka bertiga begini sebebas-bebasnya.

Hope momen ini akan berterusan dengan kesembuhan adik Izz.
Selalunya, apabila aku bawa along Izz dan angah Izz masuk, adik Izz sudahpun ON Nutrisi Parenteral (TPN) dan tidak boleh kemana-mana lagi melainkan bermain di atas katilnya sahaja. Tetapi, semalam? 

Hanya Allah yang tahu betapa gembira dan syukurnya aku dengan nikmat yang diberikanNya itu. Alhamdulillah. Berharap agar suasana seperti itu akan kekal selamanya. Semoga adik Izz diberikan kesembuhan olehNya. 

Inshaa Allah.

6 comments:

  1. Alhamdulillah..alhamdulillah..bergenang air mata saya huhu..teringin nak melawat adik izz kat HKL sana..makin chubby yer dia.moga dikurniakan kesembuhan=))

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..hepi jer semua..comei jer tengok adik main dengan abang2..tak lama lagi adik Izz pun pandai dah posing gaya ultraman..hehe..

    InsyaAllah semoga Allah permudahkan semuanyaa..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...moga adik Izz segera sembuh dan dapat bergembira macam ni selalu....seronok SA tgok....comel je dia ketawa...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih semua. Hope bila adik Izz gembira, lebih cepat dia akan sembuh. Inshaa Allah

    ReplyDelete
  6. Assalam papa izz,
    sakan adik izz yer
    dapat kaki kekdahnyer yer dop he3

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my