MUNGKIN AKAN CONTINUE DENGAN HOME TPN

Assalammualaikum . . .

Memandangkan pakar kata adik Izz akan continue dengan Home Nutrisi Parenteral (Home TPN), keperluan perubatannya kenalah disediakan sekurang-kurangnya untuk 2-3 bulan. Tujuannya supaya urusan On dan Off Nutrisi Parenteral (TPN) dirumah berjalan lancar.

Semuanya pakai buang dan sterile. Beli sendiri di farmasi berdekatan yang menawarkan harga lebih murah

Apabila dirumah, segalanya akan dibuat sendiri oleh papa Izz, mama Izz dan opah Izz serta dibantu oleh atok Izz. Kiranya kami jadi 'nurse' tanpa tauliah lah. Ambil masa juga untuk belajar kaedah yang betul. Pulak tu tidak boleh tergesa-gesa melakukannya.

Beli dan kira stok. Sekurang-kurangnya stok tersedia untuk 3 bulan.

Sepanjang tahun 2014, selama 59 hari adik Izz Home TPN di rumah. Dari mulai prep, setup, dressing, pasang dan setting mesin semuanya dibuat sendiri. Yang penting segalanya haruslah 'STERILE'. Sedikit kesilapan, adik Izz bakal dijangkiti (infection).

Mana yang kurang guna, asingkan. Dan mana yang tidak guna, simpan sahaja.

Tidak mudah sebenarnya penjagaan adik Izz yang ada tiub Central Venous Line (CVL) itu. Mudah-mudahan Home TPN kali ini beri peluang adik Izz berada lebih lama di rumah. Aku pernah tulis tentang Home TPN sebelum ini dan cara-caranya. Bolehlah klik mana-mana ye. Inshaa Allah.



1 comment:

  1. Assalam papa izz,
    chiyok3
    iols pulop tak sabor nak nengok gambor adik izz kat rumah

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my