Post Top Ad

KERAP PULA PERGI PASAR TANI JKR

Assalammualaikum . . .

Semenjak along Izz bersekolah darjah satu ni, kerap pula aku dan mama Izz pergi ke pasar tani JKR tu. Mana tidaknya, jika aku ambil mama Izz di pejabatnya, aku akan tempuh pasar tani ini dulu barulah sampai ke sekolah along Izz. Setahu aku, pasar tani JKR ini ada 2 kali seminggu iaitu pada setiap Selasa dan Khamis. 

Setiap hari Khamis, along Izz habis agak awal sesi persekolahan paginya
iaitu jam 12.35pm. Agak lama untuk tunggu sesi petang, dan biasanya mama Izz akan suruh aku datang jenguk bawakan makanan untuk along Izz.

Biasanya aku dan mama Izz pergi hari Khamis kerana sambil-sambil ingin menjenguk along Izz. Dan persinggahan kami agak pantas kerana aku hanya akan pergi ke 4 tempat sahaja untuk membeli. Bukan aku lah, maksud aku mama Izz.

Kalau datang jam 1.00pm, alamatnya memang tinggal periuk sajalah. Harga dalam RM6.00 untuk mana-mana jenis.
 
Gerai pertama biasanya mama Izz akan serbu adalah spaghetti. Ada 2 jenis sahaja yang dijual iaitu Bolognese dan Carbonara. Wife seperti biasa spaghetti campuran, manakala aku yang kuah merah dan along Izz cukup berkenan pula dengan yang kuah putih itu. 

Aku selalu pesan pada mama Izz jangan belikan aku yang ada hangus-hangus tu. Dan biasanya memang ada hangus. RM3.00

Sedap lagi twister KFC daripada yang ini. Hehehehe. RM5.00 setiap satu

Selesai membeli, mama Izz akan ke gerai kebab pula. Haa, disini agak kena beratur sedikit. Aku tidak nampak apa specialnya kebab ini, but memang orang akan ramai. Pernah aku cuba yang kebab roti arab tu, tetapi agak tidak menepati selera tekak aku. Mama Izz cuma akan beli kebab roti sahaja. Itupun tiada choice kerana hanya ayam sahaja yang ada. Roti pita pun tiada. Emmm! 

Setiap kali datang memang 6 jenis air minuman sahaja. Pilihlah yang mana nak. Biasanya mama Izz order air jagung, cawan kecil. RM1.00

Gerai ke3 tumpuan adalah gerai minuman. Order yang akan sama setiap kali ke sini adalah air jagung sebabnya along Izz sangat sukakan air jagung. Minuman lain? Aku lebih prefer air tebu, but kat sini tidak menjualnya.

Yang ni beli ikut timbangan. Pilihlah mana yang mahu. 
 
Akhir sekali mama Izz akan ke tempat jual biskut. 2 jenis biskut sahaja mama Izz akan beli samada Banana Cream ataupun biskut bantal. Biskut bantal untuk along Izz dan angah Izz, Banana Cream untuk semua. 

Rasanya 15 minit sahaja berada di psar tani JKR ini. Orang agak ramai, dan cuaca agak panas. So, memang tidak boleh lelama. Gerai-gerai lain? Tak ambil port pun. Sedap ke tidak, aku pun tidak tahu. 

Siapa yang berhampiran, bolehlah singgah. Sebabnya aku lihat bukan sahaja orang JKR malah orang dari kawasan sekitar seperti DBKL, ASWARA, PERHUTANAN, BUKIT AMAN dan lain-lain ada jugak datang ke sini.

 

2 comments:

  1. Aku klau x kemana mmg itu la port tiap slasa dgn khamis... pusing 2 3 kali last2 bli roti bun... hahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha. Tengok gerai ayam berempah tu ramai juga orang. Pernah try x? Sedap ke?

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!