Post Top Ad

KASIHANILAH DAN LINDUNGILAH DIA

Assalammualaikum . . .

"Allah selalu beri kita 'hadiah', tetapi kita selalu tidak menghargainya. Ingin tahu apa 'hadiah'nya? Itulah yang dinamakan UJIAN"

Agak ketara bengkaknya yang nampak kemerah-merahan itu.

Susulan bengkak pada dada adik Izz minggu lepas, setelah dijalankan ujian Xray dan Ultrasound pakar membuat rumusan bahawa tiub Central Venous Line (CVL) yang ditanam di dalam dada adik Izz telah bocor. Namun pemberian Nutrisi Parenteral (TPN) tetap diteruskan tetapi kadar kelajuannya direndahkan sedikit. Daripada 12 jam, ia telah ditingkatkan kepada 16 jam. 

Dan kelmarin adik Izz demam panas menyebabkannya terpaksa diberi Sub Pcm dan on antibiotik. Dressing pada petang semalam, didapati adanya infection pada tiub Central Venous Line (CVL) adik Izz dan sedikit bernanah menyebabkan Gauze yang melapik tiub berkenaan basah. Allahuakbar. 

Memandangkan adik Izz sudah sedikit pandai bercakap, dia akan mengadu sakit apabila ditekan/ tertekan di sekitar bengkak berkenaan.

Inshaa Allah adik Izz akan jalani ujian Ultrasound pada hari ini bagi mencari line baru bagi pembedahan tiub Central Venous Line (CVL) yang baru. Jika ada, adik Izz akan terus menjalani pembedahan disamping tiub yang lama akan dicabut. Betapa mama Izz amat risaukan adik Izz hinggakan tidak keruan aku melihatnya. Demam, muntah-muntah, jangkitan, nanah, pembedahan dan sebagainya benar-benar merisaukan mama Izz. 

Nampak gayanya, plan untuk adik Izz dibenarkan balik ke rumah agak sedikit tergendala. Dengan pembedahan Laparotomy dan Gastrostomy yang masih tertangguh, dijangka akan dijalankan pada Rabu ini. Entahlah. 

Kadang-kadang terfikir juga apalah dosa yang kami lakukan sehingga anak kecil kami ini terpaksa menanggungnya. Namun, ini semua kuasa Allah. Kami menerimanya dengan hati terbuka dan redha akan ujianNya.

Mudah-mudahan segalanya dipermudahkanNya. Amin.


6 comments:

  1. Allahuakbar... Farah memang sensitif dan mudah mengalirkan air mata bila melihat bayi dan kanak-kanak tidak sihat...apakan lagi keadaan adik Iz, lebih-lebih lagi setelah anak Farah Ash minggu lepas baru sahaja keluar dari hospital disebabkan oleh Febrile Fits... Semoga Adik Iz, sihat dan dipulihkan seperti kanak-kanak normal yang lain... Farah doakan...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih farah. Sedih juga rasanya. Tapi apa yang boleh kita sebagai manusia biasa lakukan. Yang termampu hanya berserah padaNya dan berdoa. Mudah2an didengariNya rintihan kami ini, Inshaa Allah.

    Semoga anak farah diberikan kesihatan berpanjangan.

    ReplyDelete
  3. Assalam papa izz,
    setiap kali baca tentang adik izz memang jantung akan berdegup kencang
    menahan sebak
    sungguh kuat mama izz
    kagum iols
    harap papa izz dapat pujuk mama izz yer
    YaAllah, jauhkanlah kesakitan dari anak syurga ini
    YaAllah berikanlah kesembuhan pada adik izz
    YaAllah perkenankanla doa mama izz, papa izz & keluarga adik izz
    AMIN

    ReplyDelete
  4. Amin... terima kasih. kadang2 kami pun tidak kuat hadapinya. Namun, sokongan dan doa yang semua berikan dapat membangkit kekuatan kami sekeluarga menghadapinya.

    Inshaa Allah

    ReplyDelete
  5. Semoga dia cepat sembuh..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih... Inshaa Allah

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!