KARNIVAL USAHAWAN SK SULTAN HISAMUDDIN ALAM SHAH

Assalammualaikum . . .


Seingat aku dulu-dulu aku pernah join aktiviti sekolah yang dinamakan sebagai Hari Kantin. Pelbagai aktiviti ada yang memerlukan kita berbelanja dengan menggunakan kupon. Paling aku ingat dan tidak lupa adalah wayang pacak. Cerita apa yang aku tengok waktu itu, aku pun sudah lupa. Tahun 1999 kot. Mana nak ingat dah. 

mama Izz dah booking date ini untuk pergi. 

 Dan yang terbaru dan akan datang ini, pihak sekolah along Izz serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru akan menganjurkan hari yang sama temanya iaitu Hari Karnival Usahawan.  

Tujuan utama diadakan hari berkenaan adalah untuk mendedahkan sifat keusahawan di kalangan murid serta para guru selain mengumpul dana PIBG bagi tujuan membina dewan berbumbung. 

Tengok senarai aktiviti, memang seronok jika bawa anak-anak.

Dianggarkan dewan berkenaan bakal menampung 4 gelanggang badminton dan tempat perhimpunan serta aktivit murid. Pelbagai acara diadakan antaranya adalah gerai jualan yang akan diusahakan oleh murid, guru serta ibubapa mengikut kelas anak-anak. 

along Izz kelas 1 Jaya. Katanya nak jual air jagung. hahaha

Disamping itu terdapat juga pameran dan pertunjukan dari agensi-agensi luar macam Polis, Bomba serta pihak swasta yang lain. Paling menarik ada banyak permainan disediakan, wayang pacak serta persembahan artis buskers. 

Orang ramai dialu-alukan untuk memeriahkan lagi karnival ini. Untuk lebih lanjut, bolehlah refer gambar dibawah ye. Boleh telefon untuk lebih lanjut. 

Tentatif program karnival berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my