BOLEH DISCHARGE TETAPI PERLU ADMIT SEMULA

Assalammualaikum . . .


Mungkin sebab sudah terbiasa dengan adik Izz yang sudah lama duduk di wad, aku sudah tidak memikirkan sangat apakah plan yang akan pakar lakukan. Hati hanya mahukan dia sembuh dan dapat pulang ke rumah untuk bersama-sama abang-abangnya iaitu along Izz dan angah Izz. 



Rasanya memang sudah lama adik Izz di wad sejak kali terakhir dia admit pada 23 Ogos 2014 yang lalu. Plan terbaru menurut pakar adalah untuk mempraktikkan ON dan OFF Nutrisi Parenteral (TPN) bagi persediaan pulang ke rumah. Tujuannya untuk membiarkan adik Izz balik ke rumah TANPA Nutrisi Parenteral (TPN). 

Positifnya dengan plan ini, aku tidak perlu sediakan segala kelengkapannya dan mama Izz pula tidak perlu untuk membuat persediaan penyediaan Nutrisi Parenteral (TPN) kecuali melibatkan hal-hal dressing. Dressing memang perlu dilakukan setiap hari kerana adik Izz agak sensitif sedikit. Jika diselangkan dressing, kulitnya akan jadi kemerahan dan ini meningkatkan peratus untuk adik Izz terkena infection. 



Tapi pakar sudah menyatakan yang tahun ini adik Izz akan menyambut hari lahirnya di wad dengan harapan tahun hadapan bolehlah disambut dirumah. Inshaa Allah. Macam lama je plan ini akan dilaksanakan, kan? 

Plan MAC 2015, aku anggap sebagai langkah awalan untuk adik Izz sembuh. Ini kerana adik Izz akan dibenarkan DISCAJ pada setiap hari Ahad tanpa TPN tetapi akan ADMIT wad semula setiap hari Khamis untuk TPN. 

Bagi Gastro (feeding tube) pula, setakat ini susu diberi sebanyak 45ml selama 3 jam menggunakan mesin Syringe Pump dan akan ada rest time 1 jam sebelum next 45ml susu lagi. Hanya susu sahaja diberi buat masa sekarang melalui Gtube adik Izz. 

Secara oral (melalui mulut), adik Izz diberi susu sebanyak 15ml selang 3 jam namun tiada had atau masa bagi pemberian air masak serta bubur. Syaratnya, adik Izz tidak muntah. Namun melalui apa yang aku lihat selama ini, beri air masak tidak menyebabkannya muntah. Cuma bab bubur itu, kadang-kadang belumpun 2 suap adik Izz sudah muntah. Entahlah sampai bila secra oral adik Izz boleh makan / minum dengan banyak. 

Mudah-mudahan, bukanlah untuk satu jangkamasa panjang.



Ada yang bertanya bagaimana ingin memberikan sumbangan kepada adik Izz? 
Bolehlah melalui 7015995636 CIMB atau 
164829050030 MAYBANK di bawah nama mama Izz 
Pn. Nor Safarina Binti Eliasod. 
Inshaa Allah, semoga keikhlasan kita semua mendapat rahmat-Nya. TERIMA KASIH

2 comments:

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my