Post Top Ad

PEMBEDAHAN LAPAROTOMY DAN GASTROSTOMY

Assalammualaikum . . .

Jika diizinkannya, adik Izz akan menjalani pembedahan pada hari ini. Pembedahan yang pada awalnya adalah untuk 'feeding tube' Gastrostomy, namun disekalikan dengan Laparatomy. Maknanya perut akan dibelah untuk melihat sekali keadaan usus adik Izz. 

Mula berpuasa sejak awal pagi. Kemungkinan akan berpindah katil pula

Jika usus adik Izz sihat dan tiada apa-apa, Inshaa Allah pembedahan ambil masa lebih kurang 1 jam. Dan jika didapati usus adik Izz melekat atau apa-apa, mungkin masa yang lebih lama akan diambil. 

Aku harap bagaimana sihatnya kita nampak adik Izz dari luarannya, begitu jugalah sihatnya adik Izz dari dalamannya. Mudah-mudahan. 

Pembedahan Gastro adalah bertujuan untuk beri adik Izz makan dan minum secara normal atau lebih. Cuma ia diberi melalui tiub terus ke perutnya. 

Pembedahan Laparotomy pula bertujuan melihat keadaan ususnya. Mungkin daripada situ kita bakal tahu berapa panjang usus kecil adik Izz yang terkini. Jika menurut ujian Contrast yang lalu, didapati usus adik Izz bertambah panjangnya. 

Agak-agak berapalah panjangnya yang terkini? Rasanya sudah agak lama usus adik Izz 8CM dan kali terakhir ususnya memanjang adalah Januari 2014 dengan pertambahan 3CM.

Inshaa Allah! Semoga Tuhan melindunginya dan memudahkan segala yang dirancang hari ini.


2 comments:

  1. semoga pembedahan bjalan lancar

    ReplyDelete
  2. Dari kecil sudah diuji..semoga diberikan kekuatan untuk sikecil yg comel ini..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!