Post Top Ad

PEMBEDAHAN BATAL, TETAP TARIKH BARU KEMUDIAN

Assalammualaikum . . .

Kesan pembedahan yang lalu. 1. Laparotomy, 2. Bowel resection, 3. Bowel anastomis

Last week punya plan pembedahan telah dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Dan tarikh baru akan diberitahu kemudian. Tapi yang pastinya menurut pakar, minggu ini juga adik Izz akan menjalani pembedahannya. 

Aku cuma berharap yang pembedahan yang dirancang kali ini akan menyelesaikan banyak isu berkaitan adik Izz. Apa yang aku faham berkaitan pembedahan kali ini adalah :

1. Gastrostomy - 

Prosedur memasukkan tiub makanan ke dalam perut. Satu tiub suapan yang akan menghubungkan perut secara langsung melalui kulit ke bahagian luar abdomen. 

Tujuannya memberi adik Izz makan atau minum dengan jumlah yang normal bagi kanak-kanak sebayanya. Kaedah ini dijanjikan oleh doktor dapat menyelesaikan masalah Hypo adik Izz disamping mengurangkan kebergantungan kepada Nutrisi Parenteral (TPN). 

Buat masa sekarang, adik Izz menggunakan Nutrisi Parenteral (TPN) setiap hari selama 12 jam. Mengurangkan gunapakai Nutrisi Parenteral (TPN) dan memberinya makan serta minum dengan lebih adalah persediaan awal adik Izz untuk dibenarkan balik ke rumah.

2. Laparotomy - 

Prosedur membuat hirisan vertikal besar pada dinding perut ke dalam rongga perut. Kata mudahnya, Laparatomy adalah pembedahan yang dilakukan pada abdomen. Ini memungkinkan doktor untuk melihat organ dalaman dalam membuat diagnosis. 

Bagi kes adik Izz, ia bertujuan melihat perkembangan usus kecilnya. Ujian Contrast yang lepas menunjukkan usus kecil adik Izz memanjang namun tidak mengembang. Usus adik Izz akan diukur panjangnya dan seANDAInya usus kecil adik Izz didapati mengembang, doktor akan menjalankan pembedahan memanjangkan usus (bowel lenghten) pula.



3 comments:

  1. Ya Allah siannya baby ni.. semoga cepat sembuh..

    Salam perkenalan dari Mama Jue
    Follower #398
    http://mamajuepapamimi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Assalam papa izz,
    YaAllah, jauhkanlah kesakitan dari anak syurga ini
    moga segalanya dipermudahkan AMIN

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sahabat semua!

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!