Post Top Ad

ISTERI YANG BERKORBAN APA SAHAJA

Assalammualaikum.

Selama 5 hari 4 malam abang di wad Hospital Putrajaya, sayang berkorban masa dan tenaga menjaga abang. Seawal pagi jam 8:00AM sayang akan balik ke rumah bagi menyiapkan makan minum pakai along, angah serta abah dan jam 3:00PM sayang akan ke wad semula untuk menjaga abang.

Perforated Appendix. 

Abang lihat sayang tidak pernah merungut langsung. Sayang akan letakkan ubat gigi di berus gigi abang, sayang basuh dan syampukan rambut abang, menemani abang bila abang ingin ke tandas. Abang tahu walau sayang sedang menguruskan abang namun sesekali fikiran sayang melayang jua kerana memikirkan adik dan mak di HKL.

Hari pertama abang lihat sayang mencantumkan kerusi untuk tidur berbaring menemani abang, mengalir air mata melihatkan sayang. Selepas itu abang pinggirkan sedikit diri abang supaya sayang dapat berbaring selesa disebelah abang atas satu katil walaupun sedikit sakit, tapi apa yang abang korbankan ini tidak setimpal dengan apa yang sayang telah korbankan.

Di tengah-tengah malam abang kejutkan sayang selang beberapa jam kerana kesakitan, sayang tidak bersuara langsung. Sayang hanya ambil minyak 'Yu Yee' dan sapukan pada abang sambil urut-urutkan lantas sayang akan tidur semula. Hinggakan waktu abang makan ubat / tukar antibiotik sayang tidak terjaga pun, abang tahu sayang kepenatan.

Sayang suapkan abang bubur nasi, suapkan abang air minuman, bertanya selalu apa lagi yang abang inginkan, tolong angkatkan abang dari pembaringan dan macam-macam lagi sayang buat demi abang. Abang tahu sayang menangis setiap kali selesai solat kerana nampak berkaca di mata sayang, namun abang tidak menegurnya.

Ya Allah, bertuahnya diri ini diberikan insan sekuatnya menjadi isteriku dan ibu anak-anakku. Abang mendoakan agar diberikan segala kebahagiaan kepada sayang dan diberikan segala kesihatan kepada sayang.

Terima kasih isteriku sayangku.


Esok sudah mula bekerja selepas bercuti #recovery 3 minggu




3 comments:

  1. Get well soon..
    Alhamdulillah...untung dapat isteri yang ambil berat..semoga berbahagia till jannah... :)

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sembuh ye...
    semoga si isteri mendapat ganjaran...
    Alhamdulillah besar pengorbanan isteri...
    semoga bahagia di dunia dan akhirat

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!