Post Top Ad

ALONG SUKA MAMA MENCEBIK

Assalammualaikum . . .


"Along, mama bagi 4 ringgit ye". "Taknak, along nak 3 ringgit je". Ruginya along Izz tolak rezeki. Mungkin sebab semalam kot? Suka aku menulis cerita tentang along Izz. Berbeza dengan angah Izz yang tidak banyak kerenahnya diluar, along Izz masih ketara lagi keanak-anakannya. Disamping itu, dapatlah juga redakan runsing berkaitan adik Izz. 

Seminggu hanya 3 kali sahaja along berkemeja putih. Lagi 2 kali, berpakaian sukan

Semalam 2 perkara membuatkan mama Izz sedikit mencebik dan sedikit meleter. Tengahari seperti biasa aku dan mama Izz akan datang ke sekolah bawa makanan untuknya. Along Izz tidak berapa berminat beli makanan di kantin sekolah. Kenapa? Entahlah, mungkin tidak menepati seleranya. 

Duit yang diberi kadangkala habis dan kadangkala tidak berusik langsung. Kalaupun ada yang dibelinya, itupun cumalah air milo dan beberapa barang di koperasi sekolah. 

Jam Ultraman sudah hilang dan pada petangnya pula dompet Spiderman along Izz juga tiada. Emmm, macam biasalah mama Izz akan 'buka kelas' kaunselingnya. Aku, along Izz dan angah Izz hanya mampu mendengar sahaja. Nak mencelah pun tidak berani bila mama Izz sudah mula bercakap tanpa henti. 

Dan hari ini, duit hanya diberi tangan sahaja tanpa sampul atau bekas. Entah habis entah tidak, nanti tengahari barulah tahu. 


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!